Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Monday, March 16, 2009

Malam Kebudayaan MMU

PBMKM telah menganjurkan satu Malam Kebudayaan… Tahniah kepada semua komiti yang telah berjuang menyelesaikan majlis ini dengan jayanya… walaupun hanya 3 hari perancangan…

Ni ader gambor- gambor sikit... huhuhu

persembahan dr PBMKM tarian seloka budi

bergambar di ruangan pameran



rakan pengacara Majlis - Aliaa


TAHNIAH KEPADA PBMKM...!!

Sunday, March 8, 2009

Pidato Antarabangsa dan enjoy...

Tahniah buat Abg Syam kerana berjaya meraih Johan Pidato Antarabangsa 2009… bilalah nak belanja kami ni…

Selepas pergi PICC aku, myer, raihan, pravin g lah jalan-jalan karaoke semua…

Kesimpulan nya mmg best..

(kan simple jer kesimpulan aku)

Sedey jugak lah kot sbb aku tak dapat makan ketam yg aku order... hahaha


myer yang memandu ker PICC


with raihan

tangga pun jadilah


dekat tapak kaki 5 dimana tu??

Sunday, February 15, 2009

Perginya Kawan baik ku untuk terus berjuang

Pada 14 Februari 2009... aku telah pergi ke KLIA bagi mengucapkan selamat berjuang buat kawan baik ku... Mohd Amiruddin Said...

Tahniah Amir kerana berjaya melanjutkan pelajaran di sana... kalau ader rezeki tunggu syuk di Australia syuk g sambung master di sana... hehehe

anyway selamat maju jaya dan selamat berjuang.... jgn banyak main tau


gambar bersama amir di McD... amir nanti kat sana jgn makan McD takut tak halal plak... bila lah lagi leh bergambar ngan amir

bersama- sama rakan yang lain yang turut hadir... mmg ramai lah... maklum lah amir ni kan glamor...

jom cari mana amirrr

amir besar nyer beg pooh tu


GOOD LUCK AMIR !!

Monday, February 2, 2009

Debat ASTAR UM 2009

Pada 28 Januari hingga 1 Februari 2009 merupakan hadiah kedua aku dalam dunia pedebatan kerana telah berjaya menjuarai Debat Terbuka ASTAR UM 2009...

Terima kasih kepada team mate yang telah juga berjuang demi kejayaan ini... tanpa mereka siapalah aku...

Thanx Myer, Naz, Abg Kuyu dan pendebat MMU yang lain....



bergambar dengan abg ali sebelum balik... thanx abg ali


TAHNIAH MMU !!!


Saturday, January 17, 2009

Debat IKIM dan bersantai di Times Square

Pada 11- 16 Jan 2009 MMU telah menyertai Debat IKIM... seperti kelaziman kalau aku tak masuk line up... aku jadi pegawai lah kan... (mmg sesuai muka aku ni jadi pegawai)...

lepas abis tu kami lepak di Times Square ... Myer sibuk nak main roler coster katanya... hahaha

jom tgk- tgk gambar k...

team IKIM MMU


lupa nak address adik angkat kesayangan aku pun tak tahu malu nak join sekali
hahaha

myer ker tu??


Sunday, December 28, 2008

Malam Penghargaan Urusetia Debat Kepenggunaan

Pada 27 Disember 2008 telah berakhirnya tanggungjawab aku dalam pengetuai / pengarahi (betul ker bahasa ni) penganjuran debat Kepenggunaan 2008...
Satu majlis penghargaan Urusetia telah diadakan untuk semua yang telah berjasa...
agak sedey kerana ader terdengar beberapa perkhabaran kurang enak katanya mengenai kehadiran komiti yang tidak dapat hadir dan ada juga terdengar ada beberapa org yang ingin sabotaj majlis aku... (besar sgt kah majlis ni nak di sabotaj)...

apa pun malam tu aku gembira kerana semua tanggunjawab aku berakhir dengan jayanya..
Ampun dan maaf jika terdapat segala silap dan salah dalam mengendalikan majlis ini.

Busy punya pasal aku sendiri tak sempat nak meratah lauk pada malam tu yang sgt lah best..

Pasukan debat

Staff MMU

Ucapan aku yang baru pertama kali menjadi pengarah program di MMU dalam usia yang terlalu muda

bergambar bersama TImbalan Pengarah Program yang merangkap Presiden PBMKM yang telah banyak membantu

Antara hidangan yang mengamit selera

susun atur yang diilhamkan sendiri

sebelum majlis


Pintu ini terbuka kepada semua yang telah berjasa

gambar bersama mereka-mereka yang hott

bergambar kenangan bersama semua komiti

tahniah dan terima kasih semua

mmg meletup

moga gembiraaa

Monday, December 15, 2008

Talk Bersama TUN M

Pada 13 Disember 2008... aku telah ke Cyberjaya untuk menghadiri Leadership Talk bersama TUN M
Mmg best tapi kekadang aku terasa apa signifikan nya pada pelajar MMU dalam soal integrasi??
sbb mereka mmg akan kekal dgn perjuangan kaum masing-masing... hahaha

ni ada beberapa gambar untuk dikenang


Talk by TUN M

Patutnya ada lagi sowang wakil PBMKM... tapi nak buat camner presiden tengah sedap Tido kat umah

bergambar bersama Tun Chancelor

gambar ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga takut tak dapat bergambar ngan TUN M ngan TUN Chancelor