Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Friday, August 8, 2008

Kisah di UITM Shah Alam....

5-8 Ogos 2008 telah berlangsungnya Pertandingan Debat Keusahawanan Antara IPT 2008 bertempat di UITM Shah Alam yang telah banyak memberi ku tunjuk ajar akan dunia perdebatan ... bermula dengan pendaftaran pagi pagi 5 Ogos 2008....

bergambar kenangan bersama rakan- rakan pasukan debat MMU...
dr kanan ..... kumudha, murni, shafiqa, MYER (diVa Debat Malaysia), dheepan dan aku...

bergambar kenangan .... 3 laki 3 perempuan
gambar ini diambil di tangga... ketika gambar ini diambil ... adalah salah seorg budak ni.... die kata kamera vibrate..... wahhhh..... canggih kamera digital sekarang.... shacky?? MaS Murni Carutan ke atas kamu....

Berikut adalah gambar menarik sekitar debat berlangsung......

tatkala aku sedang menulis catatan hujah untuk di celah.... kenapa dheepan dgn kumudha pandang jer??? celah lah sama...

ni gambar waktu pusingan ke 5... pandai uitm shah alam provoc aku... katanya ala buat lite-2 sahaja... sbb kalo antara kami menang pun tak akan dapat masuk pusingan kalah mati...
akhirnya mereka yg lebih.... apa lagi emosi lah aku sekejap...

ni gambar ketika menunggu keputusan kalah mati.... aku dah down.... kata myer kami kalah... maklum lah myer ni internet bergerak so dia tahulah keadaan semasa yg berlaku... hahahha adakah carutan disitu???

Berikut ni adalah gambar ketika pusingan separuh akhir....
hahahha aku sebagai PM membentangkan kes... yg aku sendiri tak pasti betul ke tak....hahahhaha... terkejut beb tetiba jer tahu kene lawan sbb target dah kalah sebelum tu... kelam kabut pakai tali leher balik... sbb dah siap bukak tali leher... meneraburkan fakta... so serabut lah aku ketika itu...

ni pasukan lawan aku... iaitu UIAM 1.... diketuai oleh KAK NANA yang masih gigih berdebat... setelah menang kejuaraan besar (alam sekitar 2007)
cubaan mencelah aku yg cuba dijawab dgn baik... walaupun aku tahu itu laha....hahhahaha

Untuk keputusan lebih lanjut mengenai pertandingan ini sila klik disini

analisa debat keusahawanan...

so far debat ni banyak memberi peluang kepada aku bg menonjol kan bakat yg terpendam.... terima kasih atas pihak penganjur yg telah menganjur pertandingan debat ini... walaupun dalam pengurusan debat terdapat beberapa kecacatan... namun sebagai bakal seorg ketua projek aku akui itu mungkin tak dapat di elakkan... namun aku berjanji bagi projek ku nanti perkara -2 itu tak berlaku sehingga boleh mencacatkan majlis...
bagi kualiti perdebatan... aku merasa team aku... perlu lebih banyak belajar dan menimba pengalaman....
terima kasih kepada SAudara Myer Iyemman yang telah banyak mengajar aku
thanx to kawan-2 yg banyak bg support.... thanx alot semua


selepas itu ini adalah saat bg carutan ke atas individu yg perlu di carut.....

ni gambar ketika di dalam balai seni lukis UITM... pandai pelajar UITM melukis... ahaksss

wahhh ni mas murni yg bergambar ala-2 american next top model.... ganas lah tu...

gambar ini sengaja di kecik kan bagi menjaga sensitiviti pelayar blog.... hahahha
ni aksi gadis pokok .... teringin nak bergambar dgn pokok ni.... sbb tak jumpa kat tempat lain kata nya...


ni nama die dheepan yg teringin pulak nak bergambar dengan replika kerbau ni.. katanya mereka ada persamaan... agak-2 nya apa yer apa persamaan nya??? opsss jgn fikir negatif... hahaha

nie plak kontoversi paling besar... kata org mereka berdua ni ada satu masalah identiti... identiti??? besar skop tu... tapi tak pa lah... paham-2 jer lah...

perkara kedua.... kenapa gambar nie... mereka bergambar ala-ala terlalu dekat.... mungkin sbb mas murni vibrate kot... then shafiqa bertindak sbagai penyerap getaran.... hahahha maklum lah span serbaguna....


gambar ni plak... semua org tgh bersedia untuk bergambar dengan posisi informal... tapi tiba-tiba lalu plak satu jembalang aneh berwarna puteh...memakai tas tangan berwarna putih... aiyooo bahaya UITM ni...

TETAPI.....

melihat di sebalik tabir atau di sudut yg berbeza terhadap gambar ini??

ada beberapa perkara yg boleh diragukan...

pertama... jembalang puteh itu kelihatan macam manusia...
kedua.... kalau lah kita nak terima hujah tersebut yang mengatakan si puteh itu adalah manusia... apa yg die buat agak nya... dewan yakin dan percaya yang si manusia itu tengah kentut kot (OPPSSS kasar sgt bahasa tu... buang angin.......)
ketiga... si manusia putih ini nampak nya macam lelaki ke perempuan... sbb yg boleh diragukan... adalah dia berkelakuan tidak sopan... iaitu terkangkang- kangkang ditgh jalan... (opppss adaker dalam kamus dewan perkataan ter kang kang...) hahahha sukati saya lah nak tulis
keempat... si manusia putih itu mungkin seorg perompak atau pencuri... sbb ketika itu si mas murni sedang mengepit tas tangan nya di celah kaki... (mmg KEPIT)... dan kumudha pulak tgh menjeling keadaan yg berlaku bagai kan berasa curiga...... fakta ini di sokong pula oleh keadaan aku yg sedang leka memandang pemandangan indah... itu lah MaSA Keemasan si putih itu untuk melakukan perkara BuRuk terhadap si murni... mentang-mentang lah jejaka kacak tu tak perasan... tapi tak pa aku nampak sebenarnya.... tapi aku saja je buat bodoh je kat dier...

kelima..... masih ada masalah ngan si putih itu... dikabar kan oleh rakan-2 perempuan yang mewakili MMU ketika itu... khabarnya si ******* ni... dier ada skandal dgn pemandu Bas UITM shah alam... yg mana di kabarkan juga siap ber sms dgn pakcik bas tu... dan perkara yang mengatakan dia ini mengatal diperkukuhkan apabila dia KANTOI dalam cubaan mengoda ABG Pemandu VAN MMU ketika perjalanan pulang ke Melaka....

oleh itu marilah kita muhasabah diri... hahahha
yeyeyye dendam aku terbalas... janji aku tertunai....

Saturday, August 2, 2008

seKitar DAS di KK

Berikut adalah rakaman kenangan sekitar DEBAT Alam Sekitar 2008 -UMS
Kontijen MMU- dr kiri.. Abg kuyu, myer, naz , aku n miss asmida...
opsss syaffiq lak tgh ambik gambar ni.... (terpaksa gak sebut nanti sentap)***carutan pertama

di atas permintaan abg kuyu.... dia suruh cerita yg lidah dia terbakar ... ehhh bila plak ader api ni.... melecur kata nya.... di sbb kan terlalu lapar dan sifat yg suka makan tak baca doa makan ditambah pula dgn tabiat yg makan secara gelojoh... semua ini disalahkan pula bubur ayam MCD tu... padahal dia yg salah... hahhahahha

dalam penerbangan MAS yang ditaja oleh MMU... gegar lah gambar ni...laluan berawan...(kelentong lah tuuuu)

ni plak pas singgah di Labuan...transit jap...

ni ngan helman dalam bas lepas tengok separuh akhir di sekolah yg cukup pelik...???

ni beramai-2niromongan gi mana lak nie?? ni kami sedang di dalam bot menuju ke pulau madukan...cantik gak pulau kat situ....

opppsss salah ejaan manukan... bukan madukan... maklum lah aku nie mmg suka madu kan org... hahhahha (kontroversi nie)

poss.....pemandangan pulau yang indah

Poss lagi...poss lah syukri oiii....

lepas dah PUASSS naik bot gi meredah lautan berombak... kami berkumpul mengabadikan kenangan bersama-sama pendebat UPNM... nak kenal lebih rapat...??? (aku rasa tak payah kot) hahahhahhaha...

ni nama die raja mohd asyraf... kawan aku... dier ni sgt kuat makan .... so kalo kuat makan jgn lah duduk satu meja dgn dia hahahhahhaa*****carutan lagi

wajah-2 kekenyangan .... selepas menikmati makanan laut yg segar bugar .... yg telah dibakar... best giler... rasa nak datang lagi.. kalo lah macam pasar philipine ni ader dkt melaka... comfirm laku....

ok penat berjalan di bandar...singgah di coffee bean lepak-2 sambil minum-2 sambil borak-2

disebabkan abg kuyu juga... aku akan cerita kan .... yg mana kami di halau oleh kedai sebelah coffee bean tu,,, sbb tak order kat kedai dier... masalahnya salah dia lah sapa suruh letak meja kat dpn coffee bean tu... ni idea abg kuyu lah ni nak duduk situ... ishhh abg kuyu ni... **** carutan

berikut adalah suasana pentas pertandingan akhir yg telah pun berlangsung... Tahniah UITM dan Kajol yg menang best speaker... bila lah aku plak nak jadi best speaker nie..... Insyaallah...

aku dan abg ali...(senior Shah pekan)... ambik berkat...bang tumpang ambil gambar yer..

bergambar kenangan bersama siddiq, n abg ali (cikgu ali).... cuba teka sbb apa abg ali dkt tengah.... sbb kami yang kat tepi ni... muda lagi untuk berdebat... yg tengah tu bila agaknya nak bersara??oppsss sensitif nie.... hahhahahhahha

apa yang pasti perjalanan dan sekitar debat alam sekitar di sabah ini memberikan banyak pengalaman dan kenangan manis buat diri ku.....hehhehehhe = )

Friday, August 1, 2008

PeRJalaNan J u L a i

Bermula pada 5 Julai 2008 iaitu berlangsungnya MMU Award bertempat di Dewan Seri Negeri Melaka yang telah mengiktiraf kelab dan orang perseorangan dalam usaha dan pengorbanan melalui kelab dan penganjuran aktiviti masing- masing melihat kepada elemen kepimpinan yang wujud. Aku hadir pada majlis tersebut sebagai wakil hicom baru PBMKM… Terima kasih PBMKM yang menaja makan free malam tersebut… walaupun ader mendengar cerita makanan tak sedap… tapi tak per lah syukur jer aper yg ader….

6 Julai 2008… Aku telah mewakili MMU menyertai Pertandingan Sayembara Puisi Merdeka (saringan) Negeri Melaka 2008.... aku membawa sajak bertajuk Jamung Merdeka.... namun mungkin bukan rezeki ku... dek kerana kekurangan latihan…takper lah mungkin bukan rezekiku kali ini… anyway tahniah kepada rakan ku Syaffiq yang berjaya ker peringkat Akhir… moga anda berjaya….

TQ juga kepada Mino yg sudi datang memberi semangat mino yang berlebihan itu… aku tahu sebab aper semangat mino berlebihan time tu… hahahha carutan..***

8- 11 Julai telah berlangsung nya minggu pendaftaran kelab dan persatuan...aku telah bertugas bagi mencari ahli-ahli baru... wahhhahahhaa penat gak lah....

11-13 Julai 2008…. Aku sibuk dgn Pertandingan Debat Merdeka Komuniti Bestari Peringkat Zon 4 Kebangsaan 2008…. Aku bertindak sebagai Pendebat Ketiga… sekali lagi mungkin bulan ni bukan rezeki untuk ku…. Aku pasrah… insyaallah ader peluang di lain hari….


Pada hari yang sama(13 Julai 2008) berlangsung juga Pertandingan Akhir

Sayembara Puisi Merdeka Melaka 2008…. Kali ini aku bukan sebagai peserta… tapi sekad

ar hadir memberi semangat kepada rakan ku… Syaffiq…. Bangga melihat

kejayaan beliau..


19 Julai 2008- UKM.... aku telah ke UKM mengikuti satu perlawanan persahabatan disana sebagai salah satu persediaan untuk Debat Alam Sekitar 2008.... Thanx rerakan UKM diatas sambutan yang baik.... sedap gak air yg dihidangkan... (air jer ke yang sedap) hahahhaha

Pada malam 19 Julai 2008- Cyberjaya..... aku telah menginap di hostel MMU cyber dek kerana perlu menjalani satu persiapan terakhir sebelum melangkah kaki ke Universiti Malaysia Sabah...untuk Debat Alam Sekitar 2008....

Sonok dapat jumpa Kumudha n melihat alam sekitar MMU cyberjaya setelah lama tak berkunjung dan berjumpa....


Pada 25- 30 Julai pula aku berada di Sabah untuk DAS 2008 .... terima kasih kepada MMU yang menaja tiket penerbangan Malaysia Airline (Kini Impian Ku tercapai)... hahahha untuk cerita lebih lanjut mengenai debat ini sila klik disini.....

Post lain akan mencerita kisah di Sabah... Tunggu….


31 Julai 2008.... walaupun penat aku terpaksa kuat kan hati untuk menghadiri dan mengetuai mesyuarat pertama bersama Fomca untuk debat kepenggunaan 2008... moga-moga MMU dapat lah jadi Tuan Umah… Kalo tak dapat nak uat camner… tak der rezeki lah tu…. Moga kejayaan ini menjadi milikku…

Hehhehe so rumusan aktiviti bulan JUlai adalah aku tidak dapat merehatkan diri pada sepanjang hari minggu sepanjang bulan ini… sedih tul…. Sibuk giler…. Tapi takpa aku PUASSSS… hahahhaha