Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Saturday, May 31, 2008

Keajaiban, RezEki & ISu

Sebelum kita meninggalkan bulan Mei 2008 dan melangkah ke bulan Jun 2008.
Mari kita imbau kenangan indah tanggal 31 Mei 2008.
bertempat di Dewan Kolej Teknologi Islam Melaka, Kuala Sg Baru, Masjid Tanah Melaka, telah berlansungnya Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2008.

Suara Patriot MMU merupakan nama pasukan ku atas gabungan idea aq dan Myer. Kami melayakkan diri ke peringkat akhir selepas berjaya melepasi sesi saringan nota pengisahan.

kami mempertaruhkan tajuk Melaka: Rentetan Survival Kenegaraan. Kami merupakan pasukan giliran terakhir. Setelah melihat persembahan giliran pertama dan kedua yang merupakan bekas johan pengisahan individu sebelum ini aku merasakan harapan kami sangat tipis untuk mendapat top 2.

Giliran kami tiba..... aku cuba yang terbaik kerana aku tak mahu dipersalahkan jika aku adalah sebab kegagalan .... maklumlah kita bergandingan dengan pendebat terhebat MMU...

Segala babak ku berjalan lancar.... namun terdapat beberapa kesalahan teknikal....
menyebut perkataan nasionalis yg sedikit terbelit lidah... dan babak melaungkan merdeka 7 kali secara grak mulut tanpa suara yang cukup melucukan dan ditawakan oleh penonton.... aku pun dah nak gelak tapi puas jugak cover.... malu plak....

Selepas persembahan selesai kami turun dan rase tanggungjawab ku selesai ....

Isu pertikaian... yg aku tidak puas hati adalah tatkala kami berkisah.... Aderlah si mamat ***** dr Pasukan **** ****** menganggu konsentrasi aku konon nyer hebat....
Sibuk nak mencelah.... ketika myer berkisah.... aku dengar sangat dr atas pentas mamat tu cakap... "berdefinisi" secara kuat... time tu myer ngan aku tgh into tajuk...
sukati ah kitorang nak define tajuk ker wat per ke... ko penonton ko duk tgk diam-diam dah lah... KECOH -mmg lah agak cam debat nama pun kami budak debat... tapi tak lah monotenus cam ko..

Turun nya dr pentas aku berasa biasa sahaja... kerana kami tahu harapan kami hanya sekadar saguhati..... cabutan bertuah diumumkan.... ku berkata dalam hati aku.... kalo aku kalah ko bg lah aku cabutan bertuah.... namun no cabutan bertuah ku mmg tak bertuah...

Keputusan diumum ..... tempat saguhati dimulakan dengan pasukan mamat gemuk tu.... pada awalnya kami ingat semua dapat.... pastu dier malu-2 plak nak g ambek... sentap lah tu....

aku dgn myer dah berbisik diatas:
"tak per RM250 sorang ok lah tu......, sapa nak bagi...."

tetiba 2 pasukan terakhir tinggal... Pasukan aku antar top 2.... wah... wang berganda.... aku tahu yang kami tak akan dapat tempat pertama.... maka aku pun berkata... wahhhh RM 500 sorang huhuhuhu....


Alhamdulillah usaha kami berbaloi....

turun dr pentas.... mamat gemuk tu masih berani bersuara ....
"macam mana leh dier menang... tak masuk lah dah lepas nie..."
kecoh sial mamat tu.... dah adat.... tak puas hati katanya....
aku buat donno jer... keputusan kan muktamad... dah lah hakim dier bukan calang-calang orang....

kemudian pasukan **** ******* tersebut cuba membuat bantahan kepada juri namun mudah dibidas juri dgn margin 12...
hakim memberi komen kepada kami dan berkata...
"mereka terlalu monotenus"
kan betul aku kater.... hahhahha

kemudian tatkala aku nak melangkah keluar... ader pulak kedengaran mengenai keris aku.... ehhh ni tak puas hati nie... keris tu kayu jer kot bukan besi pun dalam dier... cam lah aku tak tahu kalo besi leh jadi kontoversi... sampai ader abg urusetia tu tanye.... keris tu betul ker....
aku jawab " kayu jer bang dalam dier" .... "oooo"...

hahha cam tu lah citer nyer... sampai tak makan lah si ***** tu... bagus lah tu save sikit makanan... diet sikit k..... adat lah encik oiii....

anyway thanx to Myer yg bersusah payah juga sediakan kan pantun bagai... Lama aku tak berpantun dan bersajak.... thanx to rasyid yg jadi penekan slide yg susah payah training sampai 1 pagi.... hehehe insyaallah nanti aku belanjer pizza JJ...huhuhuhu
thanx mum for sponsor tanjak... huhuhu merasa lah jadi pahlawan jap

kesimpulannya, aku berbangga ngan diri aku dan keupayaan aku.... thanx syukri... Syukur... thanx Allah..

Monday, May 26, 2008

KaSiH UnKnown

Ombak yang kuat menghempas pantai,

Pantai yang indah berubah pandangan,

Satu kesilapan membawa padah,

Satu kebaikan membawa kegembiraan.

Walaupun kita hidup selesa,

tanpa sayang,

tanpa mesra,

tanpa budi,

tanpa bicara,

tanpa kesyukuran dan keikhlasan

Apa itu kebahagian.

Hari demi hari terus berlalu,

hubungan mesra semakin tipis,

walaupun hari ini aku gembira

tapi hari esok ke manakah arahnya.

Kemesraan mula berakhir

dan semakin berakhir.

Hari ini ku kesedihan

Hari esok aku ketangisan

Apakah ini satu takdir

atau telah ditakdirkan.

aku tahu diri ini serba kekurangan

Aku kini ditinggalkan

dan ditinggalkan

Ku mengharap kenangan ini tak akan berulang

kemudian lenyap menghilang.

Kenapa aku dibiarkan

Ku cuba menempuhi semua ini

Tapi apakan daya

Hidup ini tidak bermakna lagi

menunggu takdir yang telah ditentukan

apa gunanya hidup lagi

lebih baik mati dalam takdir

Ku memohon kasih

Ku memohon sayang

sebagai hubungan persahabatan

yang penuh cabaran ini

Ku hidup pada hari ini

semata kerana dia

selain membawa harapan

ibu bapa dan keluarga.

Dulu aku gembira kerana dia

Kini aku sedih kerana dia

itulah realiti kehidupan

yang penuh dengan kekecewaan

Kenapa kekecewaan ini,

Semakin menyengat.

Aku kini pasrah

dengan segalanya

kepedihan hati ku

makin memedihkan dan menyakitkan.

Aku memohon ampun dan maaf

tapi aku tetap dibiarkan,

Aku pasrah…..

Siapa lagi yang sanggup………

Sanggup menjadi teman setia ku……

Ku masih menunggu jawapan

dan jawpan……

Adakah perpisahan itu,

jawapan akhirnya..??

Saturday, May 24, 2008

Tragedi 1.50 pagi Terjadi

Kereta yang aku tumpangi yang pada asalnya memberi signal kanan untuk masuk ke satu simpang...
Namun suasana di dalam kereta yang tidak dapat membuat keputusan ke manakah hala tuju... mencapai satu keputusan untuk meneruskan perjalanan di jalan utama dengan tidak membelok....

Trajedi ini bermula.......

M memberi signal kanan untuk kereta yang dipandunya kembali ke jalan utama...
Tiba-tiba kedengaran bunyi brek yang sangat kuat.... (aku didatangi perasan hairan adakah si M ini menekan brek sedang kan kereta nya bergarak dengan kelajuan normal)

Sesaat selepas itu.... boommmmmm (aku bagaikan tercampak kehadapan...Kesan Inersia)...
(waduh kereta yang ku tumpangi dilanggar di belakang...) Asap putih memenuhi ruangan udara tempat kejadian...

"Berhenti M" N berkata.

Suara ini kedengaran "Ya Allah....." "Mak...kereta aku"...

Aku terkesima seketika.... hatiku berkata-(mesti hancur belakang kete nie.... tatkala mata ku memerhati dihadapan.... ada sebuah kereta hitam berhenti dihadapan namun dilaluan sebelah...)

M, R, I, dan N keluar dari kereta.... aku bertindak untuk tidak keluar dulu.... dengan keadaan kereta tidak dimatikan enjin nya dan dibiarkan ditengah jalan...

5 saat kemudian aku keluar.....
Pertama yg aku lihat adalah keadaan kereta yg melanggar kereta yang tumpangi di belakang... Ya Allah teruk nya kereta dia...

Aku berjalan kebelakang namun aku lihat hanya sekadar luka kecil yang tidak parah di badan kereta yang ku tumpangi ini...(kuat jugak kereta nie... boley lah beli satu nanti...)

Pemandu si kereta yang melanggar seorang pelajar Limkok... 18 tahun...

Bagi cuba memikirkan salah siapa.... aku merasakan yang pertama salah M dan kami didalam kereta....
namun penilaian kedua aku merasakan salah si pemandu bergelar afiq....
kerana....
1. Mungkin memandu terlalu laju kerana terdapat kesan brek kereta yang agak panjang di jalan raya....
2. Tiada "P" dan memandu di bawah lesen P kerana melihat pada umurnya....

Namun begitu.... aku merasakan ader yg tak kene... kerana masih ader seorang lagi yang bersalah... Kereta hitam yang berhenti dihadapan aku semasa aku masih berada di dalam kereta semasa trajedi berlaku... (disokong pulak dengan penyataan si Afiq yang katanya tak dapat nak elak kerana ader kereta di sebelah nya tadi....)

Kemudian M menelefon abangnya.... (sebab tu lah aku tahu anggaran trajedi berlaku)...
Pulang dengan penyataan berkata abang aku kata 2-1...(abg di lagi teruk lah kan)

Abang si afiq datang.... kemudian dia berbincang untuk menyelesaikan masalah ini tanpa membuat report polis dan selesai di luar... abg dia sangat baik kerana katanya sanggup untuk bayarkan ganti rugi kepada si M... (mungkin orang kaya kot...)

Tapi itulah mengikut undang-undang.... memang si afiq nie bersalah....

So kita tunggu dalam 24 jam ni nanti apa yang akan berlaku... moga dapat diselesaikan dengan baik....

Pesan terakhir: Perlulah si M untuk lebey berhati-hati... dan inilah pengajaran buat ku dan penumpang yang lain... supaya.... cepat lah buat keputusan... supaya mudah pemandu membuat keputusan serta bertindak dengan kadar yang selamat...

Walaupun aku percaya yang jikalau perkara ini cuba untuk dielakkan ia tak akan berlaku aku tetap yakin..."Kalau dah takdir nak jadi nak buat macam mana kan..."


Thursday, May 22, 2008

KaU yANg 1

Kau satu antara seribu

Pilihanku

Hanya kau ku rindu

Senyumanmu semangnya berharga

Harga yang tak dapat dinilai mahalnya

Tak akan ku lupakan

Saat kegembiraan bersama

Kaulah sagala- galanya dalam hidupku

Satu perkataan seribu makna

Mudah disebut

Tapi tak mudah dijalin

Segalanya kerana kesucian hati yang terjalin

Tersimpan seribu makna

Menjadi seribu rahsia

Hampa yang kau rasakan

Hampa lagi perasaanku

Andainya di situ ada ruang

Boleh kiranya aku menumpang

Andai ada sisa kemaafan

Maafkan diri ini

Yang dulu aku kesempatan

Ku buktikan erti keikhlasan

Menepis ego aku untuk kita

Demi suatu masa

Walau apa ku tempuhi

Kau tetap setia disisi

Suka duka silih berganti

Menguji diri

Kau yang satu

Tiada lagi setelah kau

Apatah lagi sebelummu........