Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Thursday, June 5, 2008

EmOsI KuAla LuMpuR 2

Harga Petrol dan Diesel NAIK

Petrol - RM 2.70 seliter (asal RM 1.92 seliter -naik sebanyak 70 sen)
Diesel - RM 2.58 seliter (asal RM 1.58 seliter -naik sebanyak RM1.00)

Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

----------------------------------------------------------------

Pertikaian :

1) kita menggunakan petrol dan diesel adalah setiap hari manakala memperbaharui cukai jalan hanya setahun sekali
maka
adalah signifikan apabila kerajaan menyatakan kenaikan harga minyak ini dalam situasi menang-menang sedangkan golongan yang susah di Malaysia Ramai...
Definisi SUSAH
tak semestinya semua keluarga yang berkereta atau bermotor itu dikatakan berkemampuan kerana pada hari ini kereta boleh dimiliki dengan mudah (bermaksud kereta boleh dibayar secara ansuran dan kebanyakkan mereka yang menggunakan kereta kancil atau pun kereta kecil dan motor capcai....), ini disebabkan oleh kenderaan adalah kepentingan masyarakat di bandar tidak mengira status ekonomi.....

oleh itu masyarakat Malaysia yang tidak berkemampuan akan mengalami beban kenaikan harga petrol dan diesel. So.... mana nyer situasi menang-menang....

2) apahal nak bandingkan Malaysia dengan Singapura dan menyatakan harga kita masih jauh lebih rendah..... sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak manakala Singapura tidak..... apahal tak banding dengan negara-negara lain di ASIA....

3)apa kah kesan nya kepada harga barang walaupun harga barang pada hari ini mempunyai subsidi....
masalahnya subsidi itu adalah subsidi bagi mengatasi mengawal kenaikan harga barang tersebut seperti tepung, gandum, gula dan beras....

MAKA apabila harga Petrol dan Diesel NAIK , bagaimana ia tidak memberi kesan... sedangkan untuk peniaga menghantar barangan berbentuk makanan tersebut memerlukan Kenderaan untuk menghantarnya.....

dah tu nak barang-barang tu diantar pakai basikal kah? atau jalan kaki kah?? terbang sendiri kah??? atau ader burung diangkasa yg boleh tolong antar??? Musykil aku.....

tulah sbb nya masyarakat pangkah pembangkang..... ishhh ishhhh ishhh

menyampah gak kekadang tu dengan kerajaan ni.... dengan bangga Menteri berkenaan berkata-kata dalam Siaran Buletin Utama... dier boleh lah cakap... dier kaya.... tanah berhektar-2 ...... mana dier tahu keadaan rakyat dekat bawah ni.....

marilah kita pikir-pikirkan.................

No comments: