Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Friday, August 1, 2008

PeRJalaNan J u L a i

Bermula pada 5 Julai 2008 iaitu berlangsungnya MMU Award bertempat di Dewan Seri Negeri Melaka yang telah mengiktiraf kelab dan orang perseorangan dalam usaha dan pengorbanan melalui kelab dan penganjuran aktiviti masing- masing melihat kepada elemen kepimpinan yang wujud. Aku hadir pada majlis tersebut sebagai wakil hicom baru PBMKM… Terima kasih PBMKM yang menaja makan free malam tersebut… walaupun ader mendengar cerita makanan tak sedap… tapi tak per lah syukur jer aper yg ader….

6 Julai 2008… Aku telah mewakili MMU menyertai Pertandingan Sayembara Puisi Merdeka (saringan) Negeri Melaka 2008.... aku membawa sajak bertajuk Jamung Merdeka.... namun mungkin bukan rezeki ku... dek kerana kekurangan latihan…takper lah mungkin bukan rezekiku kali ini… anyway tahniah kepada rakan ku Syaffiq yang berjaya ker peringkat Akhir… moga anda berjaya….

TQ juga kepada Mino yg sudi datang memberi semangat mino yang berlebihan itu… aku tahu sebab aper semangat mino berlebihan time tu… hahahha carutan..***

8- 11 Julai telah berlangsung nya minggu pendaftaran kelab dan persatuan...aku telah bertugas bagi mencari ahli-ahli baru... wahhhahahhaa penat gak lah....

11-13 Julai 2008…. Aku sibuk dgn Pertandingan Debat Merdeka Komuniti Bestari Peringkat Zon 4 Kebangsaan 2008…. Aku bertindak sebagai Pendebat Ketiga… sekali lagi mungkin bulan ni bukan rezeki untuk ku…. Aku pasrah… insyaallah ader peluang di lain hari….


Pada hari yang sama(13 Julai 2008) berlangsung juga Pertandingan Akhir

Sayembara Puisi Merdeka Melaka 2008…. Kali ini aku bukan sebagai peserta… tapi sekad

ar hadir memberi semangat kepada rakan ku… Syaffiq…. Bangga melihat

kejayaan beliau..


19 Julai 2008- UKM.... aku telah ke UKM mengikuti satu perlawanan persahabatan disana sebagai salah satu persediaan untuk Debat Alam Sekitar 2008.... Thanx rerakan UKM diatas sambutan yang baik.... sedap gak air yg dihidangkan... (air jer ke yang sedap) hahahhaha

Pada malam 19 Julai 2008- Cyberjaya..... aku telah menginap di hostel MMU cyber dek kerana perlu menjalani satu persiapan terakhir sebelum melangkah kaki ke Universiti Malaysia Sabah...untuk Debat Alam Sekitar 2008....

Sonok dapat jumpa Kumudha n melihat alam sekitar MMU cyberjaya setelah lama tak berkunjung dan berjumpa....


Pada 25- 30 Julai pula aku berada di Sabah untuk DAS 2008 .... terima kasih kepada MMU yang menaja tiket penerbangan Malaysia Airline (Kini Impian Ku tercapai)... hahahha untuk cerita lebih lanjut mengenai debat ini sila klik disini.....

Post lain akan mencerita kisah di Sabah... Tunggu….


31 Julai 2008.... walaupun penat aku terpaksa kuat kan hati untuk menghadiri dan mengetuai mesyuarat pertama bersama Fomca untuk debat kepenggunaan 2008... moga-moga MMU dapat lah jadi Tuan Umah… Kalo tak dapat nak uat camner… tak der rezeki lah tu…. Moga kejayaan ini menjadi milikku…

Hehhehe so rumusan aktiviti bulan JUlai adalah aku tidak dapat merehatkan diri pada sepanjang hari minggu sepanjang bulan ini… sedih tul…. Sibuk giler…. Tapi takpa aku PUASSSS… hahahhaha

No comments: