Pada 17-19 April 2009 bertempat di Pulau Tinggi Mersing Johor telah berlangsungnya dengan jayanya satu program yang diilhamkan nama dan konsepnya oleh aku sendiri iaitu JEJAK KHAZANAH BUDAYA 2009.... bertemakan ”Mengagumi khazanah Menghayati budaya”
Program ini merupakan sebuah program dalam menjejaki khazanah budaya kita seperti kebudayaan dan keseniaan disamping diselitkan elemen kemasyarakatan. Ini kerana apabila bercerita mengenai Budaya skop nya adalah besar... bukan sekadar setakat kebudayaan dan keseniaan...
Program ini telah disertai oleh 20 orang delegasi MMU dan hampir 20 orang pegawai daripada Pejabat Daerah dan Yayasan Pembangunan Keluarga dan Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Mersing.
Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang telah banyak menyumbang dan membantu dalam menjayakan program ini.
Terutamanya kepada semua Jawatankuasa Pelaksana JKB09, Penasihat PBMKM, En Abdullah Sallehuddin, Presiden PBMKM dan semua penaja yang mempercayai saya bagi mengendalikan program ini.
Berharap supaya program ini dapat diteruskan. Ada lah perancangan untuk buat siri susulan serta Program untuk tahun berikutnya... g rumah panjang sarawak pulak... hehehe


No comments:
Post a Comment