Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Monday, May 26, 2008

KaSiH UnKnown

Ombak yang kuat menghempas pantai,

Pantai yang indah berubah pandangan,

Satu kesilapan membawa padah,

Satu kebaikan membawa kegembiraan.

Walaupun kita hidup selesa,

tanpa sayang,

tanpa mesra,

tanpa budi,

tanpa bicara,

tanpa kesyukuran dan keikhlasan

Apa itu kebahagian.

Hari demi hari terus berlalu,

hubungan mesra semakin tipis,

walaupun hari ini aku gembira

tapi hari esok ke manakah arahnya.

Kemesraan mula berakhir

dan semakin berakhir.

Hari ini ku kesedihan

Hari esok aku ketangisan

Apakah ini satu takdir

atau telah ditakdirkan.

aku tahu diri ini serba kekurangan

Aku kini ditinggalkan

dan ditinggalkan

Ku mengharap kenangan ini tak akan berulang

kemudian lenyap menghilang.

Kenapa aku dibiarkan

Ku cuba menempuhi semua ini

Tapi apakan daya

Hidup ini tidak bermakna lagi

menunggu takdir yang telah ditentukan

apa gunanya hidup lagi

lebih baik mati dalam takdir

Ku memohon kasih

Ku memohon sayang

sebagai hubungan persahabatan

yang penuh cabaran ini

Ku hidup pada hari ini

semata kerana dia

selain membawa harapan

ibu bapa dan keluarga.

Dulu aku gembira kerana dia

Kini aku sedih kerana dia

itulah realiti kehidupan

yang penuh dengan kekecewaan

Kenapa kekecewaan ini,

Semakin menyengat.

Aku kini pasrah

dengan segalanya

kepedihan hati ku

makin memedihkan dan menyakitkan.

Aku memohon ampun dan maaf

tapi aku tetap dibiarkan,

Aku pasrah…..

Siapa lagi yang sanggup………

Sanggup menjadi teman setia ku……

Ku masih menunggu jawapan

dan jawpan……

Adakah perpisahan itu,

jawapan akhirnya..??

No comments: