Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Saturday, May 24, 2008

Tragedi 1.50 pagi Terjadi

Kereta yang aku tumpangi yang pada asalnya memberi signal kanan untuk masuk ke satu simpang...
Namun suasana di dalam kereta yang tidak dapat membuat keputusan ke manakah hala tuju... mencapai satu keputusan untuk meneruskan perjalanan di jalan utama dengan tidak membelok....

Trajedi ini bermula.......

M memberi signal kanan untuk kereta yang dipandunya kembali ke jalan utama...
Tiba-tiba kedengaran bunyi brek yang sangat kuat.... (aku didatangi perasan hairan adakah si M ini menekan brek sedang kan kereta nya bergarak dengan kelajuan normal)

Sesaat selepas itu.... boommmmmm (aku bagaikan tercampak kehadapan...Kesan Inersia)...
(waduh kereta yang ku tumpangi dilanggar di belakang...) Asap putih memenuhi ruangan udara tempat kejadian...

"Berhenti M" N berkata.

Suara ini kedengaran "Ya Allah....." "Mak...kereta aku"...

Aku terkesima seketika.... hatiku berkata-(mesti hancur belakang kete nie.... tatkala mata ku memerhati dihadapan.... ada sebuah kereta hitam berhenti dihadapan namun dilaluan sebelah...)

M, R, I, dan N keluar dari kereta.... aku bertindak untuk tidak keluar dulu.... dengan keadaan kereta tidak dimatikan enjin nya dan dibiarkan ditengah jalan...

5 saat kemudian aku keluar.....
Pertama yg aku lihat adalah keadaan kereta yg melanggar kereta yang tumpangi di belakang... Ya Allah teruk nya kereta dia...

Aku berjalan kebelakang namun aku lihat hanya sekadar luka kecil yang tidak parah di badan kereta yang ku tumpangi ini...(kuat jugak kereta nie... boley lah beli satu nanti...)

Pemandu si kereta yang melanggar seorang pelajar Limkok... 18 tahun...

Bagi cuba memikirkan salah siapa.... aku merasakan yang pertama salah M dan kami didalam kereta....
namun penilaian kedua aku merasakan salah si pemandu bergelar afiq....
kerana....
1. Mungkin memandu terlalu laju kerana terdapat kesan brek kereta yang agak panjang di jalan raya....
2. Tiada "P" dan memandu di bawah lesen P kerana melihat pada umurnya....

Namun begitu.... aku merasakan ader yg tak kene... kerana masih ader seorang lagi yang bersalah... Kereta hitam yang berhenti dihadapan aku semasa aku masih berada di dalam kereta semasa trajedi berlaku... (disokong pulak dengan penyataan si Afiq yang katanya tak dapat nak elak kerana ader kereta di sebelah nya tadi....)

Kemudian M menelefon abangnya.... (sebab tu lah aku tahu anggaran trajedi berlaku)...
Pulang dengan penyataan berkata abang aku kata 2-1...(abg di lagi teruk lah kan)

Abang si afiq datang.... kemudian dia berbincang untuk menyelesaikan masalah ini tanpa membuat report polis dan selesai di luar... abg dia sangat baik kerana katanya sanggup untuk bayarkan ganti rugi kepada si M... (mungkin orang kaya kot...)

Tapi itulah mengikut undang-undang.... memang si afiq nie bersalah....

So kita tunggu dalam 24 jam ni nanti apa yang akan berlaku... moga dapat diselesaikan dengan baik....

Pesan terakhir: Perlulah si M untuk lebey berhati-hati... dan inilah pengajaran buat ku dan penumpang yang lain... supaya.... cepat lah buat keputusan... supaya mudah pemandu membuat keputusan serta bertindak dengan kadar yang selamat...

Walaupun aku percaya yang jikalau perkara ini cuba untuk dielakkan ia tak akan berlaku aku tetap yakin..."Kalau dah takdir nak jadi nak buat macam mana kan..."


No comments: