Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Wednesday, September 24, 2008

WithOUT eMosi.......


entry kali ini aku akan bercerita mengenai penat lelah aku... dan tidak lagi mahu bercerita menyentuh sanubari dan emosi perasaan hati yang meruntun jiwa hati aku atau mana- mana pihak... terutama yang kerap kali komen dengan mengatakan "syuk emo"....

pada malam isnin 22hb september lalu satu beban yang perlu aku pikul tatkala memegang amanah dr universiti aku... aku telah selamat dan berjaya menyelesaikan sesi taklimat kepada semua komiti debat kepenggunaan yang akan berlangsung lagi 3 minggu dr sekrg... walaupun hanya 32 org sahaja daripada 47 org komiti yg aku pilih hadir ... taklimat tersebut tetap diteruskan walaupun ramai komiti yg penting telah pun mula bercuti... mungkin ini salah aku kerana tak dapat menjalankan sesi taklimat tersebut lebih awal...ermmm tapi kalo nak buat awal pun dah mmg tak boleh... banyak bende yg pending ngan FOMCA aku kene tunggu... apa yg pasti aku lega salah satu tugas terakhir ini selesai... thanx kepada semua komiti yg hadir.. thanx terutama nya kepada Saudari Dheepanivali dan saudara Pravin yg banyak membuat celahan sepanjang perjalanan taklimat tersebut... Sweet sgt diorg berdua ni... pasangan paling sweet of the day... hahahhaha...

seterusnya... pada jam 10 pagi 23 september (selasa)... satu lagi tugas aku selesai dengan menjalankan taklimat khas kepada semua wakil division MMu yg akan terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam debat Fomca ini nanti... actually pagi before meeting tu aku bangun lewat... kul 9 pagi... then aku tak print apa-2 maklumat pun tuk persediaan meeting tu... harus lah aku spontan... alhamdulillah mungkin dgn pengalaman yg ada di Shah Pekan byk mengajar aku bahagian pengurusan ni... hahahaha... aku cakap jer apa yg aku perlu nak cakap... mula-2 tu cam serabut sikit aku nak bentang... lepas beberapa minit aku dah masuk rentak yg sepatutnya... so layan jahhhh...

harini 24 september (rabu)... aku bercadang untuk pulang ke Kuala Lumpur...
antara sebab aku pulang adalah...
1. Aku ader satu lagi mesyuarat bersama Pihak Fomca jam 10 pagi 25 september di pejabat FOMCA di sungai way... maka kepulangan aku ini lebih kurang atas urusan rasmi debat fomca lah... so boleh lah claim duit minyak dan tol nanti...hehehehe
2. dah alang-alang balik KL... aku balik lah cuti terus... cuti raya... since skrg ni adalah study week...then minggu depan dah raya... gigih aku bawak satu beg besar yg berisi baju dan buku-buku dan notes bagai... semangat ni nak study... tak tahu lah aku study ke tak nanti...
3. aku pulang dengan membawa hati yang lara...perlu ker?? oppss tak leh cakap bender yg bersangkut paut ngan emosi... tarik balik tarik balik... huhuhuhu... apa pun hati aku mmg dah lara bawa lah pergi mana pun still the same.. hahhaha...

alhamdulillah aku selamat sampai di Sg Besi jam 905 pagi... (waktu bertolak jam 730 pagi dr melaka)... tetiba rasa cam cepat plak sampai... aku pecut ker?? hah?? aku rase aku bawak cam slow jer... hahahhaa
then antar housemate aku yg menumpang TAK BAYAR tambang... (oppss lupa roommate aku bayar minyak tu pun RM 10)... di rumah mereka di Pandan Indah yg giler sesak... (boleh tak suruh kerajaan besar kan lagi jalan ... indah sgt kawasan tu ngan kesesakkan lalu lintas... dan juga AU Keramat..(besau giler umah kat situ) kawasan org kaya lah nak katakan...
anyway aku juga nak berterima kasih kepada mereka yg sudi menemankan aku balik KL walaupun hampas semua tiduq.. (ni kali kedua aku memandu di highway ke KUala lumpur dan kali pertama memandu di kawasan KL yg sgt sesak tu...aku bagaikan tak percaya walaupun dalam masa yg sama aku sgt risau dgn kondisi kereta yang aku pandu maklumlah dah 7 tahun nyer kereta...)

akhirnya aku selamat sampai di Rumah aku jam 1010 pagi...
apa yg aku lakukan setelah tiba... ermmm tido kepenatan sampai jam 4 petang...
then aku sibuk dihadapan laptop untuk persediaan meeting keesokkan harinya... hahaha...
harap-2 semua berjalan lancar... kalo semua settle esok... 96% persediaan debat fomca aku tercapai... dah A dah tu... hahahhaa

tu je lah coretan tuk malam ni.... nak tido esok nak meeting kang mata merah... huhuhuhu... oraite.. selamat berpuasa semua...

p/s : untuk makluman universiti lain... penyertaan hanya berbaki 1 tempat kosong... sapa cepat dier yg punya...

No comments: