Harini …
Semua nya ku lalui dengan hati yang pasrah..
Tanpa rasa terikat dalam satu perasaan yang hanya khayalan..
Ku terima ia untuk terus pergi dan dilepaskan
Tanpa ada sebarang kekesalan
Kerana aku percaya suatu hari nanti
Akan datang sesuatu untukku
Biarlah ia terus pergi dengan keinginannya
Tanpa perlu aku untuk menghalang atau mencelah
Kerana harini aku benar-benar sedar
Tiada apa di dunia ini yang sempurna
Bagiku..
Aku percaya.
Hanya ada dua cara bagi menunjukkan kasih sayangnya
Biarpun terhadap dia mahupun aku
Satu... lepaskan dia bersama cintanya
Dua... aku berlumba-lumba mengejar cita
Sedar atas tiket berlumba-lumba yg semakin kabur di pandangan mata
Biarlah mata ini mencari sinar dan hati mulia
Biarlah ini berlalu
Dari satu tambah satu perkara menjengkelkan
Berlaku depan mataku
Menguris hati yang semakin mengecil ini
Apa yang berlaku hari ini
Cukuplah untuk sekali dalam hidupku
Mampukah aku bebatkan luka di dada
Mampukah aku bebatkan luka di sukma
Ku harap…
Agar suatu hari nanti
Hanya aku yang tahu
Hati mana bakal menjadi milikku
Mungkin suatu hari nanti dia tahu
Biarlah dia sendiri sadar akan kehadiran ku
Kerana hati ini sentiasa untuknya
Sampai kapan pun..



1 comment:
best betul puisi ni.. pandai berdebat & berpuisi... wajar dapat kredit tambahan ni..
Post a Comment