dalam siri kedua ini, aku ingin bercerita tentang kegembiraan dapat berjumpa sahabat debat yang sekian lama tidak berjumpa...dia ini kabarnya nak bersara tapi tiba-tiba muncul di MMU semasa malam taklimat.... beliau adalah Amin Firdaus yang merupakan 1st speaker aku ketika di sekolah.. makin tsunana rambut dier.... turut tak ketinggalan juga kehadiran abg senior shah pekan abg ali, junior yg hebat siddiq... kini kalo kire-2 golongan shah pekan ader dalam 7 org gak lah yg aku dah jumpa di arena debat ipt.... moga-2 amin terus berjuang dalam dunia debat ini...
amin ni mmg tak berubah dr dulu kecuali rambut... hahaha
wah serius plak
tapi sorry kat korg kerana aku tak dapat lepak borak lama selain itu, Ucapan dedikasi khas buat UPNM kerana berjaya layak ke peringkat suku akhir... Tahniah atas usaha keras kalian dan anggaplah ini hadiah daripada MMU buat kalian.... ?? hahahahaha mungkin ader sesetengah pihak jer yg paham statement ni... huhuhu
Hari ini berakhirnya sebuah Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA/S dan Institut Penguruan 2008.....
Majlis berakhir dengan majlis Penanguhan Debat Kepenggunaan 2008 ini yang menyaksikan pasukan UIAM menjadi Johan Pertandingan Akhir tersebut. Pasukan daripada UPM pula meraih naib Johan dan Kajol dr UIA sebagai best speaker final.... Tahniah kepada Peserta akhir... DIVA abg Syam sekarang.... Bila nak belanja?? huhuhuhuhu
Pada majlis tersebut juga menabalkan Junny sebagai pendebat terbaik overall liga.... Tahniah Junny... Junny Banyak tu RM 500.... boleh lah belanja?? Tahniah juga pada sahabat baik ku... Raja Asyraf yg semakin hari semakin mantap... no 2 plak... tahniah Raja... Pendebat terbaik semua menerima TIKET dari sumbungan Menara Taming Sari atas usaha kami memohon sponsor...
Tak dilupakan kepada Pasukan UM pimpinan Abg Ali dan pasukan UPSI yg layak ke peringkat separuh akhir ..... Abg ali saya tak de buat sumpahan apa-2 yang kali ini... huhuhuhuhu
selepas majlis penutup satu jamuan Aidilfitri diadakan .... mohon maaf di atas ketidak cukupan satay berdasarkan laporan yg diterima.... kami komiti pun dapat sikit jer satay tu... ala-2 lebihan
dikesempatan aku yang terlalu penat ini aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat dan salah sepanjang aku menjadi pengarah pertandingan debat ini... terima kasih diucapkan kepada semua komiti yang bekerja keras... antaranya Kak Haizum, Kak Aslah, Umar, Rafiq, Dheepan, mas, saiful n d geng, pravin, hafiz, kamal, hasnour dan lain-2...
maaf juga buat sahabat ku raja, helman, syaheer, ghazly, walid, amin, abg syam, abg ali... kerana tiada kesempatan masa untuk berborak panjang... mungkin di masa yang lain
salam dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua rakan-rakan yg dihormati... mungkin masih ader yg masih menyambut dan meraikan Aidilfitri maklum lah raya kan sebulan...
ketika entry ini ditulis aku baru sahaja selesai menduduki final exam paper Organizational Behaviour... cam sengal jugak lah aku jawab paper ni... tak per lah pasrah jerrr...
sebenarnya entry ini ditulis bagi mengelakkan ader mana-mana pihak akan mengeluarkan statement berikut " SYuk kenapa tak update blog ni? "... kepada pihak-2 yg terasa berkenaan berikut adalah jawapan nya sebelum soklan itu diajukan....
" saya kini sibuk dengan peperiksaan akhir semester dan pengurusan serta persiapan terakhir menjelang Pertandingan Debat Kepenggunaan 2008 yang mana MMU menjadi Tuan Rumah... maka saya memohon seribu kemaafan kerana tidak mempunyai kelapangan masa meng update blog... "
di kesempatan ini aq mengucapkan...
Selamat Menduduki Peperiksaan kepada sesiapa yg sedang menjalani peperiksaan
&
Selamat Maju Jaya kepada semua pendebat yang akan berdebat pada 17-20 oktober nanti
&
Selamat bertugas buat semua Urusetia Pertandingan Debat Kepenggunaan 2008
thanx rafiq for the gud luck wish... sweet sgt huhuhu
di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat silap dan salah dalam coretan di dalam alam blog ini... dikesempatan ini juga saya ingin memohon beribu ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki....jika terdapat silap dan salah saya dalam pertuturan serta tingkah laku yang tidak menyenangkan kalian semasa anda mengenali diri ini...
moga-moga Cahaya Aidilfitri ini memberi rahmat dan kebahagian baru untuk kita semua.. moga kalian terus berjaya, bergembira serta berbahagia selalu hendaknya...
wassalam...
ikhlas daripada Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal
(p/s: kepada rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan selepas raya ini... Selamat menjawab peperiksaan dengan baik... Selamat Maju Jaya... doakan juga kejayaan aku disini)
Kini bahagian perancangan dan persiapan sudah hampir ke penghujungnya... hanya tinggal 4% sahaja lagi tugas-tugas lain yang masih pending.... maka akan tiba lah masa untuk ... aku menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab aku kepada Presiden Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu untuk memangku jawatan aku sebagai Pengarah Projek atas beberapa sebab yg tidak dapat dielakkan dan ketiadaan aku untuk menguruskan perjalanan debat pada hari kejadian debat itu nanti... Moga-moga semua tugas yang aku telah laksanakan serta perancangan yang telah di atur dapat disempurnakan dengan baik oleh pemangku pengarah Saudari Haizum atau Kak Haizum... di saat ini dia sahaja yang lberkelayakkan dan lebih berkeperluan untuk mengantikan jawatan aku atas rasional dier merupakan Presiden Persatuan dan telah pun selesai menjalani sesi praktikal beliau...
Apa yang menarik siang tadi????... aku telah pergi ke Pejabat FOMCA di Sungai Way bagi menghadiri satu mesyuarat terakhir bersama Timbalan Eksekutif FOMCA yang juga orang kuat program ini... beserta pembantu-pembantu beliau...seperti Kak Easbah (semoga jumpa lagi dan selamat menyambung pelajaran), Kak Fiza, dan Kak Diana. Apa yang berlaku disana?? Permohonan bajet yang aku pohon berjaya... beberapa cadangan aku diterima... dan paling best pembentangan aku meletup... (meletup ker??... Puji diri sendiri pulak...ermmm bila lagi nak puji diri sendirikan)... apa yang agak menyeronokkan penyertaan pasukan debat TELAH PUN DITUTUP... disebabkan kuota 32 pasukan telah pun penuh... apa yang pasti nanti sebanyak 6 IPTS , 10 Institut Perguruan, 1 Matrikulasi bertuah dan 15 IPTA akan berentap mencari kejuaran debat itu nanti.... apa yg menyedihkan ...selepas pasukan terakhir diputuskan... sebanyak 7 pasukan penyertaan ditolak kerana kuota sudah penuh ... namun jangan lah risau harapan untuk 7 Ipt ni masih lagi ader... kerana mereka diletakkan dalam senarai menunggu ..manalah tau kot-kot ader IPT yg tarik diri selepas tarikh tutup penyertaan online pada 9 Oktober 2008... so berdoalah yerr insyaallah ader rezeki korang ader lah insyaallah... kepada yg dah daftar tu jgn lupa updates dan lengkapkan maklumat dalam sistem online before 9 okt 08 juga.... penyertaan yg tidak lengkap juga bakal ditolak... huhuhuhu kejam kan...
Bilangan usher aku juga sudah cukup... dah lebih dr cukup pun... thanx kawan-kawan di MMU yg turut sama-sama membantu mencalonkan diri untuk menjadi komiti aku pada hari kejadian itu nanti... bajet telah pun diluluskan cuma tgh tunggu cash money jer...(ni lah yg dlm 4 % tu)... sbb no money no talk... hahahaha....
berita menarik kepada rakan-rakan debat IPT Malaysia yg membaca blog ini... peserta mahupun penonton debat kepenggunaan itu nanti diminta membawa persalinan pakaian raya.. kerana Tuan Rumah dengan bantuan FOMCA dan Persatuan kami bersetuju untuk mengadakan jamuan Aidilfitri lebey kurang cam Rumah Terbuka Aidilfitri Debat IPT Malaysia lah... hehehehe... so ingat tau jangan lupa bawak baju raya korang semua!!...
ermmm cerita yg lain-2 biarlah terus menjadi rahsia (Bak Kata Datin Seri Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia") ... barulah ada kejutan ... hehehehe...
Aku berdoa projek yang aku rancang ini akan berjaya dilaksanakan... kepada rakan-rakan debat yg akan hadir Selamat Berjuang.... Semoga berjaya... kalo ader apa-2 kekurangan nanti minta ditunjuk ajar pada kami dan jangan lah mengutuk belakang- belakang kerana semua urusan perancangan ini di laksanakan dalam tempoh yang terhad iaitu 2 bulan sahaja... dan masalah penguncupan bajet yg terlalu banyak berlaku... aku pun redha je asal korang boleh tidur dengan selesa dan makan dengan kenyang.... hehehe yg paling-paling penting korang suma ader ruang untuk berdebat nanti...
Myer (motiff pink..hahahha) aku harap janji aku pada kau dulu ... aku dapat Tunaikan dengan Baik selepas tamatnya event ini nanti... abg Ali thanx atas semangat.. serta thanx juga kepada semua Jawatankuasa yang dilantik, penasihat yang comel, dan rakan-rakan yg lain ...dalam memberi semangat tunjuk ajar..saranan dan sebagainya kepada diri ini... kepada yang akan menjalani peperiksaan... mari kita sama-sama belajar bersungguh-sungguh... then kepada semua komiti yang dilantik sambung kerja yer lepas abis exam nanti...TAU!!! jangan lari plak.. hahaha
entry kali ini aku akan bercerita mengenai penat lelah aku... dan tidak lagi mahu bercerita menyentuh sanubari dan emosi perasaan hati yang meruntun jiwa hati aku atau mana- mana pihak... terutama yang kerap kali komen dengan mengatakan "syuk emo"....
pada malam isnin 22hb september lalu satu beban yang perlu aku pikul tatkala memegang amanah dr universiti aku... aku telah selamat dan berjaya menyelesaikan sesi taklimat kepada semua komiti debat kepenggunaan yang akan berlangsung lagi 3 minggu dr sekrg... walaupun hanya 32 org sahaja daripada 47 org komiti yg aku pilih hadir ... taklimat tersebut tetap diteruskan walaupun ramai komiti yg penting telah pun mula bercuti... mungkin ini salah aku kerana tak dapat menjalankan sesi taklimat tersebut lebih awal...ermmm tapi kalo nak buat awal pun dah mmg tak boleh... banyak bende yg pending ngan FOMCA aku kene tunggu... apa yg pasti aku lega salah satu tugas terakhir ini selesai... thanx kepada semua komiti yg hadir.. thanx terutama nya kepada Saudari Dheepanivali dan saudara Pravin yg banyak membuat celahan sepanjang perjalanan taklimat tersebut... Sweet sgt diorg berdua ni... pasangan paling sweet of the day... hahahhaha...
seterusnya... pada jam 10 pagi 23 september (selasa)... satu lagi tugas aku selesai dengan menjalankan taklimat khas kepada semua wakil division MMu yg akan terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam debat Fomca ini nanti... actually pagi before meeting tu aku bangun lewat... kul 9 pagi... then aku tak print apa-2 maklumat pun tuk persediaan meeting tu... harus lah aku spontan... alhamdulillah mungkin dgn pengalaman yg ada di Shah Pekan byk mengajar aku bahagian pengurusan ni... hahahaha... aku cakap jer apa yg aku perlu nak cakap... mula-2 tu cam serabut sikit aku nak bentang... lepas beberapa minit aku dah masuk rentak yg sepatutnya... so layan jahhhh...
harini 24 september (rabu)... aku bercadang untuk pulang ke Kuala Lumpur... antara sebab aku pulang adalah...
1. Aku ader satu lagi mesyuarat bersama Pihak Fomca jam 10 pagi 25 september di pejabat FOMCA di sungai way... maka kepulangan aku ini lebih kurang atas urusan rasmi debat fomca lah... so boleh lah claim duit minyak dan tol nanti...hehehehe 2. dah alang-alang balik KL... aku balik lah cuti terus... cuti raya... since skrg ni adalah study week...then minggu depan dah raya... gigih aku bawak satu beg besar yg berisi baju dan buku-buku dan notes bagai... semangat ni nak study... tak tahu lah aku study ke tak nanti... 3. aku pulang dengan membawa hati yang lara...perlu ker?? oppss tak leh cakap bender yg bersangkut paut ngan emosi... tarik balik tarik balik... huhuhuhu... apa pun hati aku mmg dah lara bawa lah pergi mana pun still the same.. hahhaha...
alhamdulillah aku selamat sampai di Sg Besi jam 905 pagi... (waktu bertolak jam 730 pagi dr melaka)... tetiba rasa cam cepat plak sampai... aku pecut ker?? hah?? aku rase aku bawak cam slow jer... hahahhaa
then antar housemate aku yg menumpang TAK BAYAR tambang... (oppss lupa roommate aku bayar minyak tu pun RM 10)... di rumah mereka di Pandan Indah yg giler sesak... (boleh tak suruh kerajaan besar kan lagi jalan ... indah sgt kawasan tu ngan kesesakkan lalu lintas... dan juga AU Keramat..(besau giler umah kat situ) kawasan org kaya lah nak katakan... anyway aku juga nak berterima kasih kepada mereka yg sudi menemankan aku balik KL walaupun hampas semua tiduq.. (ni kali kedua aku memandu di highway ke KUala lumpur dan kali pertama memandu di kawasan KL yg sgt sesak tu...aku bagaikan tak percaya walaupun dalam masa yg sama aku sgt risau dgn kondisi kereta yang aku pandu maklumlah dah 7 tahun nyer kereta...)
akhirnya aku selamat sampai di Rumah aku jam 1010 pagi... apa yg aku lakukan setelah tiba... ermmm tido kepenatan sampai jam 4 petang... then aku sibuk dihadapan laptop untuk persediaan meeting keesokkan harinya... hahaha... harap-2 semua berjalan lancar... kalo semua settle esok... 96% persediaan debat fomca aku tercapai... dah A dah tu... hahahhaa
tu je lah coretan tuk malam ni.... nak tido esok nak meeting kang mata merah... huhuhuhu... oraite.. selamat berpuasa semua...
p/s : untuk makluman universiti lain... penyertaan hanya berbaki 1 tempat kosong... sapa cepat dier yg punya...
Mungkin ini memang jalan takdirku Mengagumi tanpa di cintai Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia Dengan hidupmu, dengan hidupmu
Telah lama kupendam perasaan itu Menunggu hatimu menyambut diriku Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah Bahagia untukku Bahagia untukku
Ku ingin kau tahu Diriku di sini menanti dirimu Meski ku tunggu Hingga ujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya Dan biarkan rasa ini Bahagia untuk sekejap saja
Lirik Lagu : Cinta Dalam Hati (Ungu)
-------------
apabila aku hayati lirik lagu dan lagunya memang sangat mirip dengan perjalanan hidup dan pikiran aku kini... terutama menyentuh soal hati dan perasaan...
bila lah perkara ini terjawab??
disaat-saat mungkin ada yang sedang bergembira kini... biarlah mereka.. kerana mereka ader hak untuk berbahagia dan bergembira...
mungkin akan ader kebahagian dan kegembiraan milik aku kelak..
--------------------
kenangan berbuka bersama di Burger King Mahkota Parade -Myer, Mas, Rafiq dan Aq
dikesempatan ini aq ingin mengucapkan Selamat Balik Kampung... kepada rakan-rakan ku yg gigih nak balik kampung... terutama Myer... yang paling gigih sanggup tinggalkan kelas-2 terakhir... dengan alasan tiket flight dah tempah ... hahahha
kiriman ini buat Myer untuk dibawa pulang ke Sabah... hahahahaha
Ucapan tahniah kepada diriku... Selamat Menyambut Hari Kelahiran yg ke 20... moga-2 hidup ini memberiku rezeki , kebahagian , dan peliharalah ku di dunia mahupun di akhirat kelak.. moga dengan tahun baru ini akan ku penuhi dengan amalan soleh yg berlipat kali ganda... ku berharap aku mendapat apa yg ku hajati, kedamaian, ketenangan, kejayaan, serta cinta yang abadi.
Bimbang hidup kau kan berakhir Tidak kah kau tahu Dia yang Maha kuasa Masih tak mengerti tiada hidup tanpa-Nya
Lalu kaupun tunduk membisu Sejuta ketakutan Bayangkan dosamu bagai lautan
Harap diberi peluang Umur yang panjang Kau kan jadi hamba yang sejati
Dan beri waktu aku untuk Mencari dan memberi Satu alasan mungkin mudah Untuk kau mengerti Dan beri waktu aku untuk Mewujudkan semua Hanya jika kau cinta Jika kau cinta, aku...
Sabarlah menanti sejenak untukku Pastikan mimpimu tak hilang dan jemu Dan bilakah waktu tak bisa mengerti
Dan beri aku waktu Dan beri aku waktu Phh... Jika kau cinta Jika kau cinta padaku Jika kau cinta padaku Jika kau cinta... aku
Keindahan dunia membuat kita terperdaya Kecantikan dunia membuat kita terpesona Rayuanmu dunia membuat kita menderita Tipuanmu dunia membuat kita merana
Kesenangan dunia menyesatkan setiap insan Dunia yang menipu membuat kecewa Nikmat yang diperoleh tiada berkesan dihati Semakin gila dunia hingga mengagungkan dunia
Marilah kita semua Cinta 5 perkara
Cinta kepada Allah Cinta Rasul Cinta ibu bapa Cinta kepada ummah Cinta kepada kecemerlangan
Cinta dariku untukmu, semoga kekal selamanya
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua
~gabungan lirik lagu Raihan, Rabbani, Opick, Hawari, Bangsar boyz~
-----------------------------------
mungkin ader yg terkejut dengan paparan entry ini sebenarnya begini... sebenarnya mmg lah apa yang semua sedia maklum tarikh lahir ku pada APril 1989 bermakna aku sekarang berumur 19 tahun dan tiada kena mengena untuk menyambut hari lahir pada hari ini
Tapi apa yg kalian tidak tahu... aku juga lahir pada tarikh ini iaitu 19 Ramadhan 1409Hijrah maka kini yg merupakan 19 Ramadhan 1429H / 2008M aku kini telah mengapai umur 20 tahun dalam dunia kalendar Islam...
Selamat Hari Lahir buat ku..... semoga aku terus dipanjangkan umur... insyaallah...
huhuhuhu mengapa saya memilih tajuk tersebut sbagai entry kali ini...????
ermm... ceritanya bergini...
3-4 hari yg telah pun berlalu telah memberikan ku serba sedikit keindahan kehidupan
huhuhuhuhu... sapa tak faham abaikan...***AWAS
ahad lalu aku berada di UPM... ader program PERAMAH anjuran UPM (Abg Syam lah kepala besar nyer... yg turut juga dibantu oleh Myer MMU ala-2 tetap nak dapat nama penganjur bersama... anyway abg syam, myer dll congrate atas usaha keras untuk PERAMAH tersebut... moga-moga program ini akan terus diadakan pada masa depan... sonok dapat jumpa ramai kawan-2 spt Siddiq, Junny, Abg Hairul, Abg syam juga, Sabrie, Eddy, Abg Pjoyz dan lain-2 ...jgn sentap kalo nama tak disebut... ramai sgt plak ngak kene taip.. p/s: abg pjoyz saya dah buat ala-2 entry peramah tu... walaupun sekadar sisipan
dalam masa yg sama entry sebelum ini juga berkaitan dgn satu perkara yg sgt memilukan pada pagi ahad tersebut yg membuatkan aku tiada mood sepanjang hari tersebut...
perjalanan pulang menaiki kereta mYer pula agak hiba ... dek kerana kesentapan aku... Dheepan diva over... Rafiq memahami situasi... tido dgn comel nya... apa lah korg ni...
-----------
malam ahad tersebut yg berlarutan ke pagi.... aku tido lewat... apa yg aku buat... meluahkan isi hati... akhirnya... ermmm tenang sikit
---------------
isnin pagi... dek kerana dah tido pukul 330pagi... aku terlajak tido sampai kul 830pagi... tak sahur aku.... layan jahh
isnin malam pergi MCD ala-2 sahur... tapi tetap sahur pagi selasa.... masak sardin goreng telur... macam mana nak diet ni...
------------
selasa... hari penuh kesibukkan... pagi ader presentation... malam meeting follow up jawatankuasa debat Pengguna.... balik kul 2.00 pagi hari rabu.... layan tak tido sampai sahur... aku buat assignment Economics plak...
-------------------
rabu... kelas hanya 2 jam.... aku rase lebih tenang kerana aku sudah berjaya meluahkan rase terpendam .... keputusan ujian ku dalam proses semakan... bila lah agaknya akan dapat jawapan tu... apa-2 pun aku terima jahh... arap-2 ujian nya positif ....
kini mulalah episod penantian yg diharapkan tidak menyeksakan....
malam perjumpaan debat... melaha sgt... rafiq lah ni ketua.. dheepan best speaker plak.. mas dgn pelat british dier, shafiqa feeling comel dgn muka ketatnya, naz hadir dgn tshirt sexy (sexy tu tulisan- bukan naz datang dgn keadaan sexy), myer dgn ilmu nya sedia untuk diajar....
------------
sekali lagi aku tak tido dr balik perjumpaan debat ... lambat balik sbb singgah makan...kat Kedai Balak Rafiq yg terpaksa berkongsi ngan myer dan naz.... hahahhaha terus buat menghabiskan kredit yg sgt banyak tu... thanx anda! masak sahur.. makan sahur... skrg aku update blog...
kang ramai plak yg sibuk cakap apa nie syuk berminggu tak update blog pastu sentap tak mau visit blog... ermmm mmg lah org tu... ish ish ish ish...
kepada anda yg menceriakan hidup ku terima kasih... kepada yg sudi berkongsi dgn ku... terima kasih juga... kepada yg sudi menyakitkan hati ku.... AWAS ko!!
uhhh ngantuk plak... tak tido lagi ni... kerja DK08 ngan assignment masih banyak dan berlambak kot... ok tido dulu kumpul tenaga... hahahhaha
aku jawab tag yg telah ditag kan pada aku... bace yer... smiley tersebut sgt comel... bagaikan aku.. aku tetap seperti aku sepanjang Ramadhan ini.... hanya aku untuk diriku cuma ramadhan ini sering kali menduga kesabaran mental mahupun fizikal tatkala aku juga dengan perasaan dan permainan hati walaupun hanya satu dalam ingatan ku... INI BULAN MULIA berlaku lah seperti mana orang yg mulia... sipaya di akhirnya nanti aku tergolong dalam golongan org yang mulia...
Dalam menempuhi bulan Ramadhan ini, aku diberi tamparan hebat untuk menyiapkan saki baki tugas-tugas bagi memastikasn semua perjalanan debat kepenggunaan 2008 berjalan dengan jayanya. Moga-moga Allah merahmatinya.
Kerja yang hanya tinggal baki 30% ini perlu dihabiskan dalam masa yang hanya tinggal lagi sebulan tujuh hari. Pengurusan debat ini memberi banyak pengalaman yang menyeksakan dan menyeronokkan. Hari jadi nya cukup aku nanti-nanti. Tapi sebelum tu aku terpaksa menghadapi final exam yang akan berlangsung dari 6 hingga 17 oktober 2008. Waktu hari pendaftaran pun aku masih exam... cam mana tuh... hahahahaha... layan jer lah labu...
aku terlupa satu benda sebenarnya... aku lupa untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan yang mengenali ku... semoga Ramadhan kali ini memberi sinar kepada kita... aiyoo yooo matilah aku baru nak wish happy ramadhan setelah 10 hari berpusa, nampak sgt sibuk nya aku... hahahahaha
rindu pada semua kawan-kawan debat rindu pada orang yang disayangi di sekolah SHAH Pekan rindu pada Aidilfitri
hahahahaha ok lah tu jer buat kali ni... selamat berpuasa jangan ponteng-2 tau...
note: layari laman blog Suara Debat MMU untuk mendapatkan maklumat mengenai debat kepenggunaan 2008......
aku mengambil keputusan disini untuk tidak menceritakan pasal apa keputusan yg telah berlaku sepanjang perlawanan MMU di pertandingan Debat tersebut... kalo tak nanti cam sama plak cam blog SUARA Debat MMU kan... so ni kita cita pasal apa yg aku lalui di sana...
Mari kita melompat lebih tinggi - Rafiq, Abg Kuyu, Abg Chap n aq....
nak jugak melompat ishh ... buruk norrr... kak huda, mas yg tak berapa nak melompat, shafiqa gegar lah ko lompat, n kak anis bintang yg paling ajaib... hehehhe
ni lompat ramai-2.... hahahahaha jenuh set kamera nak dapatkan gambar camni... motiff kak anis kat belakang... malu kerrr... hahahhaha
rasenyer aku paling tinggi hehehe
ni kontijen MMU... time ni sayang nya MYer tak dapat bersama kerana turun membantu UTP untuk peringkat yg seterusnya...
aku juga sempat menonton drama PRamlee... hahahha
ni team MMU... masa persediaan... semua muka Tension
apa lah yang aku buat ni... tak pasal-2 jadi model... ni kak huda ngan ideologi Rafiq lah ni...
makan ikan bakar kat ceruk mana tah... abg chap yg bawak... ermmm al maklum abg chap org ganu...
kenapa yer kami poss cam ni?? kalo nak tahu... ni kami tiru kak anis poss... tapi sayang nyer gambar tu tak jadi... then suruh kak anis poss lagi sekali dier malu-2 plak... so kami lah gantikan...hahahha
kak huda kenapa tak sengetkan lagi.... hahahha ni kumpulan perempuan... sopan uollzz
cuba teka ngan makwe mana ni?? hahahha ni ngan kak dayah UTM kat taman tamadun Islam... sajer ambik berkat..
ni plak aku ambil kesempatan... bergambar ngan tuanku Raja MuhD ke 19... Selamat Hari lahir Raja... baru jer beberapa hari lepas dr tarikh artikel blog ini di tulis..
aku juga sempat melihat keindahan dan kecantikan MAsjid Kristal yg dikatakan penuh kontroversi....
kagum aku melihat keindahan masjid ini sehingga memberikan nilai penuh keinsafan... atubat lah aku pas ni... tunggulah penampilan Syukri Bersongkok...hahahha
ni LO MMU... sapa yerk nama dier... ermmm Fauzi... hahahha Thanx jaga kami.. hahaha
dier adalah junior kak anis...
gambar ini diambil tatkala di Pasar Payang... ABG Syam, ADAM, ngan Syukri... aku lah tu... hahahha ... sonok dapat berjumpa n mengenali kalian...
seperti artikel sebelum ni... aku pernah mengutuk perempuan di atas ini... shafiqa nama dier... sapa nak... dia masih available... hahahha
apa yg menarik sehingga menyebabkan aku mengambil gambar dier... adalah kerana ABC yg dimakan nyer itu berbentuk lain drpd yg lain dr yg kami order...
sebelum tu minta maaf kalo aku ada buat salah...
k sekarang aku nak buat salah lagi... iaitu pakcik yg buat ABC tersebut cam paham jer... saiz Shafiqa yg memerlukan Abc Saiz seperti itu
gambar dicawah sebagai elemen perbandingan....
akhir kata....
uacapan demi ucapan ingin ditujukan... pertama TAHNIAH pada UTP kerana berjaya menjadi Juara.. Tahniah Siddiq, ko adalah junior aku yg hebat... kepada abg senior dan merangkap Cikgu Ali... seperti yg diamanatkan saya akan cuba yg terbaik untuk mengendalikan debat FOmca nanti... doakan yer...
to ADAM, RAJA, Abg Sham, Acap UMS, Abg Fairuz, Eddy, Junny dan lain-2 , semoga berjumpa lagi nanti... seronok kawan ngan korang...
Myer thanx coz sudi teman aku borak bender-2 yg mengarut hahahha
Rafiq sorry kalo ader buat salah... n ko seorg junior aku yg baik...
hari ini saya kembali mengemaskini blog setelah sekian lama meninggalkan dunia blog ini... kepada rakan-rakan yg setia... ampun maaf dipinta diatas sudah lama tidak update blog ini... tatkala sibuk dengan pelbagai rutin dan perkara-2 yg cukup memeningkan kepala.
kini aku mulakan dari cerita semasa Pidato Kemerdekaan di UITM Shah Alam... pada 15-17 Ogos 2008.... berbagai -bagai cerita sejarah ku bermula di sini.... hehehehe
sebelum tu cerita pasal apa yang berlaku masa pidato tu dulu... di pidato ini aku sekadar menjadi pengiring kepada Diva Myer Iyemman ngan Diva Dheepanivali**(nama diberi oleh rakan-rakan UTP) -ala-2 klon Amutha kot... hehhehe
Myer dengan Pidato BM nyer dan Dheepan ngan Public Speaking (BI)... apa yg terjadi kedua-2 mereka tiada rezeki untuk ke peringkat yg lebih tinggi... tak pa lah mungkin tiada rezeki di tahun ini... tahun depan ada laee..
Semasa di Pidato ini... aku telah mengenali beberapa kawan baru tatkala kumpulan pesertanya yg kecil so nampak semua sapa yg ader jerawat tu.. ahakss...
Berikut merupakan Wakil Pemidato MMU - Dheepan dan Myer
Dheepan, Ismal, Myer , Adam, Junny
Ni aku ... ermm sedey nyer tak der org nak bergambar ngan aku... errrmmm
Tatkala menanti keputusan siapa yg layak ke peringkat Semi Final... kami telah pergi bersiar-siar di Sunway Piramid.. setelah lama aku tak kesana banyak perubahan kat situ... makin cun melecun... wahhh diva-2 sekalian poss maut... **junny aurat tuhh.. abg fairuz jaga perut tu... abis rosak rumput tu diva-diva sekalian duduk...hehehhe
ni pula santapan aku semasa di Sunway... sedap plak first time makan... sehingga menjilat jari..
di kesempatan ini aq mengucapkan tahniah kepada semua wakil universiti yg berpidato dgn cukup baik.. Tahniah Junny n Ismal coz ke semi final... Tahniah Ismal coz ke Final.. yg lain terima kasih kerana menjadi seorg kawan yg mesra dan baik... Nice to meet u guys.. Adam, Junny, Ismal, Abg Fairuz, Abg Syam, dan lain-lain.. Abg ali juga datang masa semi final tu.. thanx kerana sudi mengumpat dgn saya.. hahaha
Kesimpulan dr perjalanan ini adalah segala nya bermula dengan satu perkenalan tidak kira warna kulit samada hitam ataupun putih... hehehehehe