Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Thursday, October 23, 2008

Debat Kepenggunaan 2008..... Siri 4

aku, myer dan nazwan di pusingan pertama

dalam siri keempat kali ini aku nak cerita apa-2 ajer... apa yang pasti selain aku menjadi orang penting dalam penganjuran ini... aku juga telah bersama-sama Myer, nazwan dan abg kuyu dalam menyahut cabaran membawa nama MMU sebagai peserta pertandingan... apa yang pasti ini kali ketiga berturut-turut pasukan MMU gagal ke peringkat suku akhir untuk tahun ini... selepas alam sekitar, kemerdekaan dan kali ini kepenggunaan... mungkin sudah ditakdirkan bukan rezeki kami yang hanya menang 3 daripada 6 pusingan... sebagai Tuan Rumah kami akur untuk tidak membuat bantahan keputusan kerana rase hormat di atas keputusan hakim.. cuma aku mengharapkan penghakiman lebih telus dan lebih teliti di lain kali... mungkin ini lah nasib kami... yang memakai baju putih bertali leher biru pada hari kedua diselubungi air mata... dan dan aku terus tukar baju Tshirt bekerja pula sebagai komiti. ambil alih kuasa semula..... huhuhuhu
mungkin dengan tak tersenarai nya MMU untuk layak ke suku akhir membuka ruang untuk sahabat aku di UPNM untuk layak di peringkat suku akhir... harapnya korang dapat meyakinkan semula hep korang hahaha

aku bersama umar (urusetia pengangkutan yang cemerlang) , aida (biru), izzati (juru kamera yg gigih), kak hasnour (ketua logistik), kak aslah (ketua usher)

kak haizum (pemangku pengarah yang sgt busy menelefon), hafiz 2 (baju hijau) dan kak yumni (pandang siapa tu)... thanx anda semua

kak aslah menyanyi lagu apatu??

bersama kak easbah (urusetia FOMCA yang baik hati), aida (su kewangan), n umar

bersama YDP dewan... yang kuat melaha... harap org terhibur dgn lawak dier yg lawak kot? anyway thanx ....tanpa ko... event aku hancur... thanx 4 your help

interframe bersama 2 org penari MMU yang dipaksa aku untuk menjadi pengiring VIP... thanx 4 your help

pembawa bunga mangga (ditangkap cekup untuk bekerja 30 minit sebelum kehadiran VIP ) sapa suruh pakai baju sama warna coklat>?? hahahha ni kak aslah punya keje hahaha

pasukan tarian yang sgt membantu menyerikan majlis... cuma kalo tersalah step atau lari step tu mintak maaf lah yer penonton sekalian... (jgn gelak kepada yg paham penyataan ini) hahahaha

Debat Kepenggunaan 2008..... Siri 3

Dalam siri ketiga ini aku ingin bercerita apakah di sebalik persiapan pentas yang dijalankan dan sepanjang malam raptai. Ramai yang bercerita pentas final macam pelamin macam ader orang nak bersanding.... ader juga yang cakap ala-2 tema raya bagaikan rumah dihiasi tirai dan langsir.

hahaha sebenarnya begini ceritanya....
keadaan pentas MMU sgt lah buruk dek kerana wujudnya pembidang yang penuh dengan kecacatan "maklum lah dewan ni dah berabad" oleh itu dengan gabungan idea pengarah dan pemangku pengarahnya iaitu "saudari haizum" satu jalan penyelesaian telah dijumpai dengan mengupah orang luar iaitu Mak Andam untuk menyelesaikan tembok pembidang yang buruk tersebut... Pecah mental pengarah nak pikir kat mana nak dapat duit nak bayar demi mengurangkan beban tenaga kerja komiti.... akhirnya terjadilah seperti mana yang kalian lihat...

bercerita pula tentang backdrop majlis penutup tersebut... ini lebih menyakitkan hati apabila orang yang bertanggungjawab terhadap backdrop ini tidak menunaikan janjinya untuk menyelesaikan pemasangan backdrop yang dihasilkan daripada kanvas yang sgt berat dan ditakuti akan gugur pada bila-bila masa semasa majlis penutup berlangsung... mana tak nya hanya dilekatkan mengunakan stapler gun.... (betul tak saiful?? pagi-2 aku sampai dewan terus bagi tau aku... "abg syuk rase nya backdrop tu nak jatuh lah..." terkejut jap aku... sbb majlis nak bermula dalam masa 1 jam....) huhuhu... mujur kajol atau syam tak menjerit atas pentas final... nasib kukuh...
kalo lah backdrop gugur sah-sah org pertama yang kene adalah abg syam... hahaha pandai abg syam pilih tempat...

terhutang budi kepada semua komiti yang terlibat dalam pemasangan backdrop yang telah berusaha mengunakan pelbagai teknik sehingga kan En Syukor (HEP MMU) hadir memberi semangat. Bagaikan tidak percaya En Syukor dan En Abdullah turut sama-2 memanjat tangga bagi proses pemasangan... ditambah pula dengan aku sendiri yang gayat, abg manto yg lagi gayat drpd aku, hafiz 1, hafiz 2, umar, kak haizum. aida dan ramai lagi.... apa yg pasti proses pemasangan sgt menyeronokkan... selepas 2 jam lebih pemasangan diteruskan oleh pravin, dheepan, saiful dan lain-lain... (yang lain dah basah lencun peluh kepanasan) sonok lah korang dapat RM 50 dr pn ayu... org lain yang pasang org lain dapat upah... hahahaahha....

thanx diucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus memasang backdrop. Kak Haiza yang sudi meminjamkan ketupat untuk menghias pentas, dan mereka-mereka yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung.

keadaan pentas sebelum majlis berlangsung

peserta akhir beraksi di atas pentas final

alia yang ditangkap muat untuk menjadi Pengacara majlis diatas kegagalan orang yang diharapkan mencari pengacara majlis terhebat di MMU sekadar manis mulut habuk pun tiada... thanx alia n tahniah alia kerana saya ajar sekali jer alia dah faham

peserta akhir - UIAM

peserta akhir - UPM

Wednesday, October 22, 2008

Debat Kepenggunaan 2008..... Siri 2

dalam siri kedua ini, aku ingin bercerita tentang kegembiraan dapat berjumpa sahabat debat yang sekian lama tidak berjumpa...dia ini kabarnya nak bersara tapi tiba-tiba muncul di MMU semasa malam taklimat.... beliau adalah Amin Firdaus yang merupakan 1st speaker aku ketika di sekolah.. makin tsunana rambut dier.... turut tak ketinggalan juga kehadiran abg senior shah pekan abg ali, junior yg hebat siddiq... kini kalo kire-2 golongan shah pekan ader dalam 7 org gak lah yg aku dah jumpa di arena debat ipt.... moga-2 amin terus berjuang dalam dunia debat ini...

amin ni mmg tak berubah dr dulu kecuali rambut... hahaha

wah serius plak

tapi sorry kat korg kerana aku tak dapat lepak borak lama
selain itu, Ucapan dedikasi khas buat UPNM kerana berjaya layak ke peringkat suku akhir... Tahniah atas usaha keras kalian dan anggaplah ini hadiah daripada MMU buat kalian.... ?? hahahahaha mungkin ader sesetengah pihak jer yg paham statement ni... huhuhu

kenangan indah di Melaka .... moga berjumpa lagi

Monday, October 20, 2008

Debat Kepenggunaan 2008 ...... Siri 1


Hari ini berakhirnya sebuah Pertandingan Debat Kepenggunaan antara IPTA/S dan Institut Penguruan 2008.....

Majlis berakhir dengan majlis Penanguhan Debat Kepenggunaan 2008 ini yang menyaksikan pasukan UIAM menjadi Johan Pertandingan Akhir tersebut. Pasukan daripada UPM pula meraih naib Johan dan Kajol dr UIA sebagai best speaker final.... Tahniah kepada Peserta akhir... DIVA abg Syam sekarang.... Bila nak belanja?? huhuhuhuhu

Pada majlis tersebut juga menabalkan Junny sebagai pendebat terbaik overall liga.... Tahniah Junny... Junny Banyak tu RM 500.... boleh lah belanja?? Tahniah juga pada sahabat baik ku... Raja Asyraf yg semakin hari semakin mantap... no 2 plak... tahniah Raja... Pendebat terbaik semua menerima TIKET dari sumbungan Menara Taming Sari atas usaha kami memohon sponsor...

Tak dilupakan kepada Pasukan UM pimpinan Abg Ali dan pasukan UPSI yg layak ke peringkat separuh akhir ..... Abg ali saya tak de buat sumpahan apa-2 yang kali ini... huhuhuhuhu

selepas majlis penutup satu jamuan Aidilfitri diadakan .... mohon maaf di atas ketidak cukupan satay berdasarkan laporan yg diterima.... kami komiti pun dapat sikit jer satay tu... ala-2 lebihan

dikesempatan aku yang terlalu penat ini aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat dan salah sepanjang aku menjadi pengarah pertandingan debat ini... terima kasih diucapkan kepada semua komiti yang bekerja keras... antaranya Kak Haizum, Kak Aslah, Umar, Rafiq, Dheepan, mas, saiful n d geng, pravin, hafiz, kamal, hasnour dan lain-2...

maaf juga buat sahabat ku raja, helman, syaheer, ghazly, walid, amin, abg syam, abg ali... kerana tiada kesempatan masa untuk berborak panjang... mungkin di masa yang lain

Thursday, October 9, 2008

Sibuk , Busy dan seerti dengan nya.......

salam dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua rakan-rakan yg dihormati...
mungkin masih ader yg masih menyambut dan meraikan Aidilfitri maklum lah raya kan sebulan...

ketika entry ini ditulis aku baru sahaja selesai menduduki final exam paper Organizational Behaviour... cam sengal jugak lah aku jawab paper ni... tak per lah pasrah jerrr...
sebenarnya entry ini ditulis bagi mengelakkan ader mana-mana pihak akan mengeluarkan statement berikut " SYuk kenapa tak update blog ni? "... kepada pihak-2 yg terasa berkenaan berikut adalah jawapan nya sebelum soklan itu diajukan....

" saya kini sibuk dengan peperiksaan akhir semester dan pengurusan serta persiapan terakhir menjelang Pertandingan Debat Kepenggunaan 2008 yang mana MMU menjadi Tuan Rumah... maka saya memohon seribu kemaafan kerana tidak mempunyai kelapangan masa meng update blog... "

di kesempatan ini aq mengucapkan...

Selamat Menduduki Peperiksaan kepada sesiapa yg sedang menjalani peperiksaan
&
Selamat Maju Jaya kepada semua pendebat yang akan berdebat pada 17-20 oktober nanti
&
Selamat bertugas buat semua Urusetia Pertandingan Debat Kepenggunaan 2008

thanx rafiq for the gud luck wish... sweet sgt huhuhu

Friday, September 26, 2008

1 Syawal tiba keMbali...

Salam...

di kesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat silap dan salah dalam coretan di dalam alam blog ini... dikesempatan ini juga saya ingin memohon beribu ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki....jika terdapat silap dan salah saya dalam pertuturan serta tingkah laku yang tidak menyenangkan kalian semasa anda mengenali diri ini...

moga-moga Cahaya Aidilfitri ini memberi rahmat dan kebahagian baru untuk kita semua.. moga kalian terus berjaya, bergembira serta berbahagia selalu hendaknya...

wassalam...


ikhlas daripada Mohd Syukri Bin Mohammad Kamal

(p/s: kepada rakan-rakan yang akan menduduki peperiksaan selepas raya ini... Selamat menjawab peperiksaan dengan baik... Selamat Maju Jaya... doakan juga kejayaan aku disini)

Thursday, September 25, 2008

Debat FOMCA .... (latest version)


Kini bahagian perancangan dan persiapan sudah hampir ke penghujungnya... hanya tinggal 4% sahaja lagi tugas-tugas lain yang masih pending.... maka akan tiba lah masa untuk ... aku menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab aku kepada Presiden Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Melayu untuk memangku jawatan aku sebagai Pengarah Projek atas beberapa sebab yg tidak dapat dielakkan dan ketiadaan aku untuk menguruskan perjalanan debat pada hari kejadian debat itu nanti... Moga-moga semua tugas yang aku telah laksanakan serta perancangan yang telah di atur dapat disempurnakan dengan baik oleh pemangku pengarah Saudari Haizum atau Kak Haizum... di saat ini dia sahaja yang lberkelayakkan dan lebih berkeperluan untuk mengantikan jawatan aku atas rasional dier merupakan Presiden Persatuan dan telah pun selesai menjalani sesi praktikal beliau...

Apa yang menarik siang tadi????... aku telah pergi ke Pejabat FOMCA di Sungai Way bagi menghadiri satu mesyuarat terakhir bersama Timbalan Eksekutif FOMCA yang juga orang kuat program ini... beserta pembantu-pembantu beliau...seperti Kak Easbah (semoga jumpa lagi dan selamat menyambung pelajaran), Kak Fiza, dan Kak Diana. Apa yang berlaku disana?? Permohonan bajet yang aku pohon berjaya... beberapa cadangan aku diterima... dan paling best pembentangan aku meletup... (meletup ker??... Puji diri sendiri pulak...ermmm bila lagi nak puji diri sendirikan)... apa yang agak menyeronokkan penyertaan pasukan debat TELAH PUN DITUTUP... disebabkan kuota 32 pasukan telah pun penuh... apa yang pasti nanti sebanyak 6 IPTS , 10 Institut Perguruan, 1 Matrikulasi bertuah dan 15 IPTA akan berentap mencari kejuaran debat itu nanti.... apa yg menyedihkan ...selepas pasukan terakhir diputuskan... sebanyak 7 pasukan penyertaan ditolak kerana kuota sudah penuh ... namun jangan lah risau harapan untuk 7 Ipt ni masih lagi ader... kerana mereka diletakkan dalam senarai menunggu ..manalah tau kot-kot ader IPT yg tarik diri selepas tarikh tutup penyertaan online pada 9 Oktober 2008... so berdoalah yerr insyaallah ader rezeki korang ader lah insyaallah... kepada yg dah daftar tu jgn lupa updates dan lengkapkan maklumat dalam sistem online before 9 okt 08 juga.... penyertaan yg tidak lengkap juga bakal ditolak... huhuhuhu kejam kan...

Bilangan usher aku juga sudah cukup... dah lebih dr cukup pun... thanx kawan-kawan di MMU yg turut sama-sama membantu mencalonkan diri untuk menjadi komiti aku pada hari kejadian itu nanti... bajet telah pun diluluskan cuma tgh tunggu cash money jer...(ni lah yg dlm 4 % tu)... sbb no money no talk... hahahaha....

berita menarik kepada rakan-rakan debat IPT Malaysia yg membaca blog ini... peserta mahupun penonton debat kepenggunaan itu nanti diminta membawa persalinan pakaian raya.. kerana Tuan Rumah dengan bantuan FOMCA dan Persatuan kami bersetuju untuk mengadakan jamuan Aidilfitri lebey kurang cam Rumah Terbuka Aidilfitri Debat IPT Malaysia lah... hehehehe... so ingat tau jangan lupa bawak baju raya korang semua!!...

ermmm cerita yg lain-2 biarlah terus menjadi rahsia (Bak Kata Datin Seri Siti Nurhaliza "Biarlah Rahsia") ... barulah ada kejutan ... hehehehe...

Aku berdoa projek yang aku rancang ini akan berjaya dilaksanakan... kepada rakan-rakan debat yg akan hadir Selamat Berjuang.... Semoga berjaya... kalo ader apa-2 kekurangan nanti minta ditunjuk ajar pada kami dan jangan lah mengutuk belakang- belakang kerana semua urusan perancangan ini di laksanakan dalam tempoh yang terhad iaitu 2 bulan sahaja... dan masalah penguncupan bajet yg terlalu banyak berlaku... aku pun redha je asal korang boleh tidur dengan selesa dan makan dengan kenyang.... hehehe yg paling-paling penting korang suma ader ruang untuk berdebat nanti...

Myer (motiff pink..hahahha) aku harap janji aku pada kau dulu ... aku dapat Tunaikan dengan Baik selepas tamatnya event ini nanti... abg Ali thanx atas semangat.. serta thanx juga kepada semua Jawatankuasa yang dilantik, penasihat yang comel, dan rakan-rakan yg lain ...dalam memberi semangat tunjuk ajar..saranan dan sebagainya kepada diri ini...
kepada yang akan menjalani peperiksaan... mari kita sama-sama belajar bersungguh-sungguh... then kepada semua komiti yang dilantik sambung kerja yer lepas abis exam nanti...TAU!!! jangan lari plak.. hahaha

Wednesday, September 24, 2008

WithOUT eMosi.......


entry kali ini aku akan bercerita mengenai penat lelah aku... dan tidak lagi mahu bercerita menyentuh sanubari dan emosi perasaan hati yang meruntun jiwa hati aku atau mana- mana pihak... terutama yang kerap kali komen dengan mengatakan "syuk emo"....

pada malam isnin 22hb september lalu satu beban yang perlu aku pikul tatkala memegang amanah dr universiti aku... aku telah selamat dan berjaya menyelesaikan sesi taklimat kepada semua komiti debat kepenggunaan yang akan berlangsung lagi 3 minggu dr sekrg... walaupun hanya 32 org sahaja daripada 47 org komiti yg aku pilih hadir ... taklimat tersebut tetap diteruskan walaupun ramai komiti yg penting telah pun mula bercuti... mungkin ini salah aku kerana tak dapat menjalankan sesi taklimat tersebut lebih awal...ermmm tapi kalo nak buat awal pun dah mmg tak boleh... banyak bende yg pending ngan FOMCA aku kene tunggu... apa yg pasti aku lega salah satu tugas terakhir ini selesai... thanx kepada semua komiti yg hadir.. thanx terutama nya kepada Saudari Dheepanivali dan saudara Pravin yg banyak membuat celahan sepanjang perjalanan taklimat tersebut... Sweet sgt diorg berdua ni... pasangan paling sweet of the day... hahahhaha...

seterusnya... pada jam 10 pagi 23 september (selasa)... satu lagi tugas aku selesai dengan menjalankan taklimat khas kepada semua wakil division MMu yg akan terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam debat Fomca ini nanti... actually pagi before meeting tu aku bangun lewat... kul 9 pagi... then aku tak print apa-2 maklumat pun tuk persediaan meeting tu... harus lah aku spontan... alhamdulillah mungkin dgn pengalaman yg ada di Shah Pekan byk mengajar aku bahagian pengurusan ni... hahahaha... aku cakap jer apa yg aku perlu nak cakap... mula-2 tu cam serabut sikit aku nak bentang... lepas beberapa minit aku dah masuk rentak yg sepatutnya... so layan jahhhh...

harini 24 september (rabu)... aku bercadang untuk pulang ke Kuala Lumpur...
antara sebab aku pulang adalah...
1. Aku ader satu lagi mesyuarat bersama Pihak Fomca jam 10 pagi 25 september di pejabat FOMCA di sungai way... maka kepulangan aku ini lebih kurang atas urusan rasmi debat fomca lah... so boleh lah claim duit minyak dan tol nanti...hehehehe
2. dah alang-alang balik KL... aku balik lah cuti terus... cuti raya... since skrg ni adalah study week...then minggu depan dah raya... gigih aku bawak satu beg besar yg berisi baju dan buku-buku dan notes bagai... semangat ni nak study... tak tahu lah aku study ke tak nanti...
3. aku pulang dengan membawa hati yang lara...perlu ker?? oppss tak leh cakap bender yg bersangkut paut ngan emosi... tarik balik tarik balik... huhuhuhu... apa pun hati aku mmg dah lara bawa lah pergi mana pun still the same.. hahhaha...

alhamdulillah aku selamat sampai di Sg Besi jam 905 pagi... (waktu bertolak jam 730 pagi dr melaka)... tetiba rasa cam cepat plak sampai... aku pecut ker?? hah?? aku rase aku bawak cam slow jer... hahahhaa
then antar housemate aku yg menumpang TAK BAYAR tambang... (oppss lupa roommate aku bayar minyak tu pun RM 10)... di rumah mereka di Pandan Indah yg giler sesak... (boleh tak suruh kerajaan besar kan lagi jalan ... indah sgt kawasan tu ngan kesesakkan lalu lintas... dan juga AU Keramat..(besau giler umah kat situ) kawasan org kaya lah nak katakan...
anyway aku juga nak berterima kasih kepada mereka yg sudi menemankan aku balik KL walaupun hampas semua tiduq.. (ni kali kedua aku memandu di highway ke KUala lumpur dan kali pertama memandu di kawasan KL yg sgt sesak tu...aku bagaikan tak percaya walaupun dalam masa yg sama aku sgt risau dgn kondisi kereta yang aku pandu maklumlah dah 7 tahun nyer kereta...)

akhirnya aku selamat sampai di Rumah aku jam 1010 pagi...
apa yg aku lakukan setelah tiba... ermmm tido kepenatan sampai jam 4 petang...
then aku sibuk dihadapan laptop untuk persediaan meeting keesokkan harinya... hahaha...
harap-2 semua berjalan lancar... kalo semua settle esok... 96% persediaan debat fomca aku tercapai... dah A dah tu... hahahhaa

tu je lah coretan tuk malam ni.... nak tido esok nak meeting kang mata merah... huhuhuhu... oraite.. selamat berpuasa semua...

p/s : untuk makluman universiti lain... penyertaan hanya berbaki 1 tempat kosong... sapa cepat dier yg punya...

Sunday, September 21, 2008

Hati ini ??

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku
Bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini
Bahagia untuk sekejap saja

Lirik Lagu : Cinta Dalam Hati (Ungu)

-------------

apabila aku hayati lirik lagu dan lagunya memang sangat mirip dengan perjalanan hidup dan pikiran aku kini... terutama menyentuh soal hati dan perasaan...

bila lah perkara ini terjawab??

disaat-saat mungkin ada yang sedang bergembira kini... biarlah mereka.. kerana mereka ader hak untuk berbahagia dan bergembira...

mungkin akan ader kebahagian dan kegembiraan milik aku kelak..

--------------------

kenangan berbuka bersama di Burger King Mahkota Parade -Myer, Mas, Rafiq dan Aq

dikesempatan ini aq ingin mengucapkan Selamat Balik Kampung... kepada rakan-rakan ku yg gigih nak balik kampung... terutama Myer... yang paling gigih sanggup tinggalkan kelas-2 terakhir... dengan alasan tiket flight dah tempah ... hahahha

kiriman ini buat Myer untuk dibawa pulang ke Sabah... hahahahaha

Thursday, September 18, 2008

Selamat Hari Lahir diriku...

Ucapan tahniah kepada diriku...
Selamat Menyambut Hari Kelahiran yg ke 20
...
moga-2 hidup ini memberiku rezeki , kebahagian , dan peliharalah ku di dunia mahupun di akhirat kelak..
moga dengan tahun baru ini akan ku penuhi dengan amalan soleh yg berlipat kali ganda...
ku berharap aku mendapat apa yg ku hajati, kedamaian, ketenangan, kejayaan, serta cinta yang abadi.

Bimbang hidup kau kan berakhir
Tidak kah kau tahu Dia yang Maha kuasa
Masih tak mengerti tiada hidup tanpa-Nya

Lalu kaupun tunduk membisu
Sejuta ketakutan
Bayangkan dosamu bagai lautan

Harap diberi peluang
Umur yang panjang
Kau kan jadi hamba yang sejati

Dan beri waktu aku untuk
Mencari dan memberi
Satu alasan mungkin mudah
Untuk kau mengerti
Dan beri waktu aku untuk
Mewujudkan semua
Hanya jika kau cinta
Jika kau cinta, aku...

Sabarlah menanti sejenak untukku
Pastikan mimpimu tak hilang dan jemu
Dan bilakah waktu tak bisa mengerti

Dan beri aku waktu
Dan beri aku waktu
Phh... Jika kau cinta
Jika kau cinta padaku
Jika kau cinta padaku
Jika kau cinta... aku

Keindahan dunia membuat kita terperdaya
Kecantikan dunia membuat kita terpesona
Rayuanmu dunia membuat kita menderita
Tipuanmu dunia membuat kita merana

Kesenangan dunia menyesatkan setiap insan
Dunia yang menipu membuat kecewa
Nikmat yang diperoleh tiada berkesan dihati
Semakin gila dunia hingga mengagungkan dunia

Marilah kita semua
Cinta 5 perkara

Cinta kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta ibu bapa
Cinta kepada ummah
Cinta kepada kecemerlangan

Cinta dariku untukmu, semoga kekal selamanya

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

~gabungan lirik lagu Raihan, Rabbani, Opick, Hawari, Bangsar boyz~
-----------------------------------

mungkin ader yg terkejut dengan paparan entry ini
sebenarnya begini... sebenarnya mmg lah apa yang semua sedia maklum tarikh lahir ku pada APril 1989
bermakna aku sekarang berumur 19 tahun dan tiada kena mengena untuk menyambut hari lahir pada hari ini

Tapi apa yg kalian tidak tahu...
aku juga lahir pada tarikh ini iaitu
19 Ramadhan 1409Hijrah

maka kini yg merupakan 19 Ramadhan 1429H / 2008M aku kini telah mengapai umur 20 tahun dalam dunia kalendar Islam...

Selamat Hari Lahir buat ku..... semoga aku terus dipanjangkan umur... insyaallah...

Cerita 3-4 hari

huhuhuhu
mengapa saya memilih tajuk tersebut sbagai entry kali ini...????

ermm... ceritanya bergini...

3-4 hari yg telah pun berlalu telah memberikan ku serba sedikit keindahan kehidupan

huhuhuhuhu... sapa tak faham abaikan...***AWAS

ahad lalu aku berada di UPM... ader program PERAMAH anjuran UPM (Abg Syam lah kepala besar nyer... yg turut juga dibantu oleh Myer MMU ala-2 tetap nak dapat nama penganjur bersama... anyway abg syam, myer dll congrate atas usaha keras untuk PERAMAH tersebut... moga-moga program ini akan terus diadakan pada masa depan... sonok dapat jumpa ramai kawan-2 spt Siddiq, Junny, Abg Hairul, Abg syam juga, Sabrie, Eddy, Abg Pjoyz dan lain-2 ...jgn sentap kalo nama tak disebut... ramai sgt plak ngak kene taip..
p/s: abg pjoyz saya dah buat ala-2 entry peramah tu... walaupun sekadar sisipan

dalam masa yg sama entry sebelum ini juga berkaitan dgn satu perkara yg sgt memilukan pada pagi ahad tersebut yg membuatkan aku tiada mood sepanjang hari tersebut...

perjalanan pulang menaiki kereta mYer pula agak hiba ... dek kerana kesentapan aku... Dheepan diva over... Rafiq memahami situasi... tido dgn comel nya... apa lah korg ni...

-----------

malam ahad tersebut yg berlarutan ke pagi.... aku tido lewat...
apa yg aku buat... meluahkan isi hati... akhirnya... ermmm tenang sikit

---------------

isnin pagi... dek kerana dah tido pukul 330pagi... aku terlajak tido sampai kul 830pagi... tak sahur aku.... layan jahh

isnin malam pergi MCD ala-2 sahur...
tapi tetap sahur pagi selasa.... masak sardin goreng telur...
macam mana nak diet ni...

------------

selasa... hari penuh kesibukkan... pagi ader presentation... malam meeting follow up jawatankuasa debat Pengguna.... balik kul 2.00 pagi hari rabu.... layan tak tido sampai sahur... aku buat assignment Economics plak...

-------------------

rabu... kelas hanya 2 jam.... aku rase lebih tenang kerana aku sudah berjaya meluahkan rase terpendam .... keputusan ujian ku dalam proses semakan... bila lah agaknya akan dapat jawapan tu... apa-2 pun aku terima jahh... arap-2 ujian nya positif ....

kini mulalah episod penantian yg diharapkan tidak menyeksakan....

malam perjumpaan debat... melaha sgt... rafiq lah ni ketua.. dheepan best speaker plak.. mas dgn pelat british dier, shafiqa feeling comel dgn muka ketatnya, naz hadir dgn tshirt sexy (sexy tu tulisan- bukan naz datang dgn keadaan sexy), myer dgn ilmu nya sedia untuk diajar....

------------

sekali lagi aku tak tido dr balik perjumpaan debat ... lambat balik sbb singgah makan...kat Kedai Balak Rafiq yg terpaksa berkongsi ngan myer dan naz.... hahahhaha
terus buat menghabiskan kredit yg sgt banyak tu... thanx anda!
masak sahur.. makan sahur... skrg aku update blog...

kang ramai plak yg sibuk cakap apa nie syuk berminggu tak update blog pastu sentap tak mau visit blog... ermmm mmg lah org tu... ish ish ish ish...

kepada anda yg menceriakan hidup ku terima kasih... kepada yg sudi berkongsi dgn ku... terima kasih juga... kepada yg sudi menyakitkan hati ku.... AWAS ko!!

uhhh ngantuk plak... tak tido lagi ni...
kerja DK08 ngan assignment masih banyak dan berlambak kot... ok tido dulu kumpul tenaga... hahahhaha

Sunday, September 14, 2008

HaTi yG LaRa


Harini …

Semua nya ku lalui dengan hati yang pasrah..

Tanpa rasa terikat dalam satu perasaan yang hanya khayalan..


Ku terima ia untuk terus pergi dan dilepaskan

Tanpa ada sebarang kekesalan

Kerana aku percaya suatu hari nanti

Akan datang sesuatu untukku


Biarlah ia terus pergi dengan keinginannya

Tanpa perlu aku untuk menghalang atau mencelah

Kerana harini aku benar-benar sedar

Tiada apa di dunia ini yang sempurna


Bagiku..

Aku percaya.

Hanya ada dua cara bagi menunjukkan kasih sayangnya

Biarpun terhadap dia mahupun aku

Satu... lepaskan dia bersama cintanya

Dua... aku berlumba-lumba mengejar cita


Sedar atas tiket berlumba-lumba yg semakin kabur di pandangan mata

Biarlah mata ini mencari sinar dan hati mulia


Biarlah ini berlalu

Dari satu tambah satu perkara menjengkelkan

Berlaku depan mataku

Menguris hati yang semakin mengecil ini


Apa yang berlaku hari ini

Cukuplah untuk sekali dalam hidupku

Mampukah aku bebatkan luka di dada

Mampukah aku bebatkan luka di sukma


Ku harap…

Agar suatu hari nanti

Hanya aku yang tahu

Hati mana bakal menjadi milikku


Mungkin suatu hari nanti dia tahu

Biarlah dia sendiri sadar akan kehadiran ku

Kerana hati ini sentiasa untuknya

Sampai kapan pun..


Friday, September 12, 2008

Aku Jawab TaG


aku jawab tag yg telah ditag kan pada aku...
bace yer...
smiley tersebut sgt comel... bagaikan aku..
aku tetap seperti aku sepanjang Ramadhan ini.... hanya aku untuk diriku
cuma ramadhan ini sering kali menduga kesabaran mental mahupun fizikal
tatkala aku juga dengan perasaan dan permainan hati
walaupun hanya satu dalam ingatan ku...
INI BULAN MULIA
berlaku lah seperti mana orang yg mulia...
sipaya di akhirnya nanti aku tergolong dalam golongan org yang mulia...

= )

Wednesday, September 10, 2008

70% done

Dalam menempuhi bulan Ramadhan ini, aku diberi tamparan hebat untuk menyiapkan saki baki tugas-tugas bagi memastikasn semua perjalanan debat kepenggunaan 2008 berjalan dengan jayanya. Moga-moga Allah merahmatinya.

Kerja yang hanya tinggal baki 30% ini perlu dihabiskan dalam masa yang hanya tinggal lagi sebulan tujuh hari. Pengurusan debat ini memberi banyak pengalaman yang menyeksakan dan menyeronokkan. Hari jadi nya cukup aku nanti-nanti. Tapi sebelum tu aku terpaksa menghadapi final exam yang akan berlangsung dari 6 hingga 17 oktober 2008. Waktu hari pendaftaran pun aku masih exam... cam mana tuh... hahahahaha... layan jer lah labu...

aku terlupa satu benda sebenarnya... aku lupa untuk mengucapkan Selamat Berpuasa di Bulan Ramadhan kepada semua rakan-rakan yang mengenali ku... semoga Ramadhan kali ini memberi sinar kepada kita...
aiyoo yooo matilah aku baru nak wish happy ramadhan setelah 10 hari berpusa, nampak sgt sibuk nya aku... hahahahaha

rindu pada semua kawan-kawan debat
rindu pada orang yang disayangi di sekolah SHAH Pekan
rindu pada Aidilfitri


hahahahaha
ok lah tu jer buat kali ni... selamat berpuasa jangan ponteng-2 tau...

note: layari laman blog Suara Debat MMU untuk mendapatkan maklumat mengenai debat kepenggunaan 2008......

Monday, September 8, 2008

AKU DIA ANDA MEREKA...

apa kah yg ada pada tajuk ini....

aku kini hanya tinggal aku...

aku bosan dgn hidup begini

aku berdoa akan datang seorang padaku

memberikan kasih dan sayang yang ku cari selama ini

tapi aku perlu ingat bahawa

aku belum layak untuk jd milik atau memiliki sesiapa

tapi sampai bila??

sampai bila ???

tunggu je lah ....

ermmmmm

RASA ATIKU JUA ATIMU