Permata Kata

~ Work hard, play hard, dream hard, you can make your dreams come true ~


Sunday, June 29, 2008

RezEki 3... SyukUR...TeriMa KAsIh


Kejayaan kedua dalam Bulan JUN 2008... memberi momentum dalam persediaan menghadapi DEBAT ALAM SEKITAR 2008...

Kami berjaya mengondol JOHAN Debat Merdeka Komuniti Bestari Peringkat Negari Melaka 2008

Thanx 4 Jabatan Penerangan Negeri Melaka.. thanx 4 the cash money... cam tahu jer aku tengah sengkek... huhuhuhu

Kejayaan ini milik bersama ahli-ahli yang lain... Thanx to abg Riezal coz beri kami peluang untuk masuk pertandingan ini.... Congrate myer n naz also.... terutama myer yg dapat best debater...

untuk keterangan lanjut mengenai keputusan pertandingan klik di sini

Saturday, June 21, 2008

LiFe MuST GoeS On

aloooo....semua badan...

ader 3 perkara untuk di cerita .....

pertama....

arini aku rase tak sihat... selsema dan rase nak demam..
tapi buat-2 jer ok... tak mau layan sgt badan ni... nanti makin lemah...
so kite hidup macam biasa...
bernafas dengan udara yg sama
hidup di bumi yang sama
melihat alam yang sama
terus kekal dengan kehidupan yg sama

kedua....

arini STAD telah keluarkan satu kenyataan dalam bulletin board MMU...
terharu plak...
mengucapkan tahniah atas kejayaan ARAU OPEN 08


ketiga....

selepas perbincangan debat....
aku , myer n naz
gi tgk movie kat MBO
best gak lah cerita tu

damn romantik... juga diselitkan komedi yg tak boleh blah
syok abis lah
out of 5 aku bagi 3 STAR

kan best kalo suatu hari nanti aku dapat hidup dengan bahagia seperti itu
juga teringin nak gi scotland.. indah pemandangan
yang pasti nya mengamit dan mencuri hati setiap pengunjung nya...hahhaha
dah lah sejuk kat dalam panggung... mujur tak tertido
k ngantuk lah... nak tido...
tata... : )

Wednesday, June 18, 2008

ReZeki 2~ TuAh SeManGat 40 OLaNg


Selepas beberapa hari meraih kejayaan dalam Pengisahan Kenegaraan, rezeki ku kembali mencurah memberi kebahagian dalam hidup ku... Tahniah kepada pasukan debat MMU kerana berjaya menjadi Johan Pertandingan Debat Terbuka UITM Arau 2008 yang buat kali pertamanya menyertai pertandingan tersebut. Tahniah juga pada abg fahmi, Myer n Naz...

Selepas bersusah payah menguruskan segalanya mengenai penyertaan debat ini ... aku rasa puas... apabila ianya terbalas dengan kejayaan.....

Terima kasih kepada sokongan dan bantuan yang diberikan oleh kawan-kawan, abg ali asyraf, kak haizum, abg dollah, cikgu-2 aku dan semua yg terlibat secara langsung mahupun tak langsung... Cerita lanjut mengenai pertandingan klik sini..

Walaupun aku kini single mengenangkan nasib yang telah ditakdirkan... sekurang-kurangnya aku tahu semua nya ade hikmah nya...

Teringat pada apa yg telah berlaku sebelum pertandingan yg merupakan antara misi kami...

S: Kita dapat bas tau...
X: Napa amek bas?
M: Takut tak muat nanti kalo naik van... nak muat nak letak piala ngan check besau.... hehhehehe

N: Empat orang jer kita pergi
X: nanti tak da lah penyokong kita
N: ermmm tak perlah dah dapat bas....
S: Insyaallah kita menang.... ermmm semangat 40 orang (seat dalam bas ader 40 ...tapi kami hanya 4 orang jer yg pergi arau)

Dah naik bas ni... waktu malam 12 Jun 2008
S: N.. ko bawak blazer tak??
N: Alamak sumpah tak tipu??
S: Tipu lah ko nie... jangan main-main
N: Yerrr sumpah tak tipu....
S: dah tu g bg tau pakcik....

Berlari ker apartment N
Setiba jer di bawah apartment N.... Alamak Kunci kat R...
Shitt...
ermmm... sehingga kan N terpaksa naik motor bersama seorang abg guard yg sangat besau balik ke kampus mengambil kunci umah...huhuhu sonok N...Larik***

Ermmmm gigih nie selepas 2o minit N pulang semula ker apartment membawa kunci... hahahha

S: Ni kalo tak menang gak nie tak tau lah aku....
N: ha ah.... ni paling kurang pun kene suku akhir nie....
S & N: hehehhehehe (sambil tercunggap-2 balik ke kampus sambil berlari membawa blazer untuk menaiki bas)

kepenatan kini terbalas.... dan kini aku dah ngantuk nak tido lah... semalam sampai melaka kul 12 tgh malam.... pagi tadi kelas math cam satu pun aku tak paham .... hahahha

Wednesday, June 11, 2008

liFe WiTh EmOsi

hari ini semuanya berhenti,
MANA ader berhenti??
masih bergerak lah.... cume kalo dulu berlari atau pun berjalan.... saat ini... segalanya hanya mengesot atau pun bergerak dengan kadar yg sgt-2 perlahan... 0.0000000000001 cm per tahun... cukup lah tahun.... rase dah cukup perlahan tu...

yg terus hancur luluh, berkecai, lenyap, musnah..... hubungan istimewa dan berkeluarga angkat...

yg kekal dengan nilai yg cukup sekecil zarah hanya... KAWAN

mujur ader lagi yg kekal.... wat ever dalam agama pun cakap... jgn putus kan hubungan silaturrahim...

tapi apa yg kekal itu mungkin dah tak bermakna...
perjalanan dari tempat kejadian pulang ke bilik aku (6km jugak lah)... banyak menilai dengan perasaan yg langsung tak waras....

tapi aku rasa mmg patut pun benda ni jadi... dr ade hati yg terseksa dan menyeksa

namun dia akan tetap kat hati aku selama sebulan 5 hari terjalin kini berakhir...
akan ku ingat setiap detik istimewa itu dan akan ku dairikan sebagai satu khazanah yg cukup berharga untuk diratapi berpuluh tahun akan datang
terima kasih atas segalanya...
------------------------------------------------

disamping tu terserempak ngan sorg pakcik teksi ni... tetiba kuar pasal cerita minyak NAIK....
hahhaha aper lah tak abis lagi ke cerita ni....
bagus lah pakcik ni... sekepala dgn aku membidas Kerajaan...
so kerajaan dengar lah luahan hati rakyat ini...hahahhaha

-----------------------------------------------
agak-2 nya
Adakah aku ni mmg bernasib malang...??
kene mandi bunga ker??
sifat dan sikap aku nie tak memenuhi syarat??
Takdir kah??
bodoh ke aku??
atau aku nie ader masalah Mental atau Gila??

entah lah.... kepada kawan yg memberi maklumat ...jgn risau... aku tak rase pun ko musuh aku dgn mengkhianati aku... cume mungkin ko juga perlu berjaga-jaga... ader sial yg menanti...
aku hormat ko sebagai kawan aku.... (chill lah)... walaupun ko sememangnya sedia ader adalah musuh aku...huhuhuhuhuhu....

----------------------------------------------

analisis maksud perkataan... sempena nak g Berdebat esok...

pecah- masih boleh dicantum
henti- masih boleh digerakkan semula
cerai- masih boleh rujuk kecuali talak 3
(asal tetibe masuk topik perkahwinan agama Islam lakni)
pisah- boleh disambungkan
hilang - boleh dicari semula
hancur, kecai, lenyap - beli baru jer lah
musnah- kene bina baru
tamat- kene buat episod baru lah

------tenangker hati aku sekarang----- sebab dah tak der ikatan kepercayaan---- jgn percaya sgt kat org yg korang semua sayang tau---- nanti jadi cam aku------

KeRUnGsinGan EmOSi...

kembali bersidang...

huhuhuhu

arini aku belajar satu perkara... sememangnya segala apa yang kita miliki pada harini , bukan lah hak milik kita secara mutlak...
TANPA MENGIRA
sama ada harta benda, hak serta
orang yang kita sayangi..

suatu hari nanti....

semua ini akan hilang, meninggal dunia, berpisah, putus, pecah, patah, hancur mahupun lebur.
kerana kita hanya pinjam.

aku juga memikirkan....

tatkala kita mendapat segalanya yang kita ingini kita kata pelbagai ketidakpuasan terhadapnya tanpa memikirkan tentang apakah kebaikkan terhadapnya.

bahawa suatu hari apabila semua ini hilang, meninggal dunia, berpisah, putus, pecah, patah, hancur mahupun lebur.....
BARULAH kita sedar dan BARULAH kita mahu mengenang tentang segala kebaikkan serta kecintaan terhadapnya.....

---------------------------------------------
meniti hari ke Debat Terbuka UITM Arau 08
aku merasa hilang semangat.... entah mana tak aku letak dulu... sekarang dah hilang tak dapat dijumpai....

Keputusan SEm lalu yang kurang memuaskan disebabkan tidak mencapai tahap optimum yang diingini... subjek yang diajar oleh lecturer yg sengal sedangkan coursework aku 47/50....
emo nie....

mendapat 5 orang housemate baru.... tak abis berkenalan lagi...
tak sempat pun... masing-2 sibuk... Alhamdulillah sempat berjabat salam....

wat ever...
help me
calm down
: (

Saturday, June 7, 2008

YesTerDay, 2dAy and 2moRrow

Semalam, hari ini, dan esok

Penuh dengan janji indah

Kejarlah duhai taulanku

Kejujuran dan ilmu

Direstui Allah

Semoga hidup mu

Di dunia fana

Diabadikan selamanya

Tetapi bukan harta ukuran mulia

Cuma dengan iman dan kejujuran

Diangkat Allah ke syurga yang indah.

Friday, June 6, 2008

EmoSi KuAla LumpUr 3

Semalam bercerita mengenai KENAIKAN HARGA MINYAK

Ni masih nak citer pasal kesan kenaikan tersebut juga......

Kerajaan telah membenarkan laluan Lebuhraya KL - Putrajaya kepada penunggang motorsikal....
NAMUN bagi aku itu bukan lah satu jalan penyelesaian yang baik tetapi itu satu permasalahan baru yang akan timbul kerana kadar kemalangan di lebuh raya akan meningkat....

mengenai penurunan harga beras wangi..... syukur beras turun tapi.... masalah nya ialah walaupun harga beras turun ia tidak menafikan yang kita masih memerlukan kenderaan yang memerlukan petrol bagi memastikan beras sampai kepada pengguna..... makan ia akan membebankan pihak lain plak.....

mengenai cadangan menolak elaun PM dan TPM sebanyak 70% serta elaun menteri kabinet sebanyak 50% adalah WAJAR kerana mereka bukan bayar sendiri minyak pun... semua kerajaan Malaysia yang bayar....semua dari duit rakyat.....

mohon dicadangkan juga agar minyak dijual kepada buakn rakyat Malaysia dengan harga yang lebih tinggi.... lebeh 20sen seliter ker ok gak tu... kerana minyak tu minyak kita... bukan untuk orang luar.... dan ini akan mendatangkan pulangan yg baik juga kepada negara kita...

nak kata kita perlu bercucuk tanam sendiri bagi mengurangkan perbelanjaan barang dapur... kalo umah flat tu nak tanam kat mana... umah pun kecik.. tanam kat atap kot... kelakar plak kalo cadangan camtu....

moga kerajaan di bawah Pak LAh yang banyak menyusahkan nie... akan terus berfikir untuk menyenangkan rakyat bukan untuk menyenangkan diri sendiri....

PEN OFF

Thursday, June 5, 2008

EmOsI KuAla LuMpuR 2

Harga Petrol dan Diesel NAIK

Petrol - RM 2.70 seliter (asal RM 1.92 seliter -naik sebanyak 70 sen)
Diesel - RM 2.58 seliter (asal RM 1.58 seliter -naik sebanyak RM1.00)

Harga baru itu jauh lebih rendah berbanding RM5.20 (petrol) dan RM4.33 (diesel) di Singapura yang mengapungkan bahan api berkenaan.

"Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapasiti enjin sehingga 2000cc (kuasa kuda) serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc, bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc, bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap motosikal akan diberikan,” katanya.

Perdana Menteri berkata bayaran tunai ini akan diberi apabila pemilik kenderaan dan motosikal membayar atau memperbaharui lesen kenderaan bermotor iaitu cukai jalan.

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Perdana Menteri juga berkata bayaran tunai ini akan diberikan secara kiriman wang di pejabat pos di seluruh negara mulai 1 Julai 2008.

----------------------------------------------------------------

Pertikaian :

1) kita menggunakan petrol dan diesel adalah setiap hari manakala memperbaharui cukai jalan hanya setahun sekali
maka
adalah signifikan apabila kerajaan menyatakan kenaikan harga minyak ini dalam situasi menang-menang sedangkan golongan yang susah di Malaysia Ramai...
Definisi SUSAH
tak semestinya semua keluarga yang berkereta atau bermotor itu dikatakan berkemampuan kerana pada hari ini kereta boleh dimiliki dengan mudah (bermaksud kereta boleh dibayar secara ansuran dan kebanyakkan mereka yang menggunakan kereta kancil atau pun kereta kecil dan motor capcai....), ini disebabkan oleh kenderaan adalah kepentingan masyarakat di bandar tidak mengira status ekonomi.....

oleh itu masyarakat Malaysia yang tidak berkemampuan akan mengalami beban kenaikan harga petrol dan diesel. So.... mana nyer situasi menang-menang....

2) apahal nak bandingkan Malaysia dengan Singapura dan menyatakan harga kita masih jauh lebih rendah..... sedangkan Malaysia adalah negara pengeluar minyak manakala Singapura tidak..... apahal tak banding dengan negara-negara lain di ASIA....

3)apa kah kesan nya kepada harga barang walaupun harga barang pada hari ini mempunyai subsidi....
masalahnya subsidi itu adalah subsidi bagi mengatasi mengawal kenaikan harga barang tersebut seperti tepung, gandum, gula dan beras....

MAKA apabila harga Petrol dan Diesel NAIK , bagaimana ia tidak memberi kesan... sedangkan untuk peniaga menghantar barangan berbentuk makanan tersebut memerlukan Kenderaan untuk menghantarnya.....

dah tu nak barang-barang tu diantar pakai basikal kah? atau jalan kaki kah?? terbang sendiri kah??? atau ader burung diangkasa yg boleh tolong antar??? Musykil aku.....

tulah sbb nya masyarakat pangkah pembangkang..... ishhh ishhhh ishhh

menyampah gak kekadang tu dengan kerajaan ni.... dengan bangga Menteri berkenaan berkata-kata dalam Siaran Buletin Utama... dier boleh lah cakap... dier kaya.... tanah berhektar-2 ...... mana dier tahu keadaan rakyat dekat bawah ni.....

marilah kita pikir-pikirkan.................

Monday, June 2, 2008

eMoSi KuAla LUmPur

setibanya aku di Kuala Lumpur.... aku menyaksikan keindahan yang telah sekian bulan aku tak menatap wajahnya... dalam perjalanan masuk ke kawasan rumah ku... aku mendapati jalan raya yang cantik diturap dan di line kan... wah nampak usaha gigih menepati janji pemimpin YB parlimen dan dun gombak (PKR)...... hidup PKR....suker aku tgk..... masa BN dulu jalan lopak pun tak betul-betul sampai lah bertahun- tahun..... tak sia-sia rakyat gombak mengundi PKR...

Selepas penyataan berbaur politik aku kini mahu beralih ke unsur sosial...

(malam)

aku ditanye kan satu soklan "aper sebenarnyer yg (kamu) nak dari (aku)??"
pada mula nyer aku berat nak jawab... sebab aku rase cam segan nak cakap dua kali.. namun bagi nak menjelaskan keadaan yang kalut nie.... aku bertindak untuk berkata-kata...dengan penjelasan yg panjang lebar... ini lah masa nyer yg mungkin sesuai untuk membicarakan pasal hal ini....

aku rase separa puas... kerana aku mendapat meluahkan kehendak aku mengikut kehendak soklan... namun separa puas lagi masih belum selesai kerana soklan aku yang berbunyi aper yg tidak puas hati ngan aku MASIH Tidak dijawab.....
xper biarkan ia tertangguh seketika untuk memberikan peluang kepada defenden untuk berfikir.... moga jawapan nyer akan berkunjung tiba.....

aper yang pasti aku tak suke berada dalam dilema dan kepura-puraan....
bagiku berterus terang kan menyelesaikan segalanya tanpa menafikan masih wujud elemen yg akan menganggu gugat hubungan diplomatik... tapi masalah tu hanya sekejap drpd di biarkan ianya di dalam dilema...

thanz to Sayang yg sudi berborak selama 2 jam 26 minit 28 saat.... takper cakap free... hehehhe dan sudi menumpangkan ku ke Seremban.... sonok giler perjalanan kampung yang penuh mencabar dan ketenangan...

anyway malam ni.. kegembiraan ku masih wujud bercampur baur.....moga ini menjadi jalan yg benar serta penyuluh kepada jalanan yg indah.....

ermmm.... pen off (to be continued)

Saturday, May 31, 2008

Keajaiban, RezEki & ISu

Sebelum kita meninggalkan bulan Mei 2008 dan melangkah ke bulan Jun 2008.
Mari kita imbau kenangan indah tanggal 31 Mei 2008.
bertempat di Dewan Kolej Teknologi Islam Melaka, Kuala Sg Baru, Masjid Tanah Melaka, telah berlansungnya Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Melaka 2008.

Suara Patriot MMU merupakan nama pasukan ku atas gabungan idea aq dan Myer. Kami melayakkan diri ke peringkat akhir selepas berjaya melepasi sesi saringan nota pengisahan.

kami mempertaruhkan tajuk Melaka: Rentetan Survival Kenegaraan. Kami merupakan pasukan giliran terakhir. Setelah melihat persembahan giliran pertama dan kedua yang merupakan bekas johan pengisahan individu sebelum ini aku merasakan harapan kami sangat tipis untuk mendapat top 2.

Giliran kami tiba..... aku cuba yang terbaik kerana aku tak mahu dipersalahkan jika aku adalah sebab kegagalan .... maklumlah kita bergandingan dengan pendebat terhebat MMU...

Segala babak ku berjalan lancar.... namun terdapat beberapa kesalahan teknikal....
menyebut perkataan nasionalis yg sedikit terbelit lidah... dan babak melaungkan merdeka 7 kali secara grak mulut tanpa suara yang cukup melucukan dan ditawakan oleh penonton.... aku pun dah nak gelak tapi puas jugak cover.... malu plak....

Selepas persembahan selesai kami turun dan rase tanggungjawab ku selesai ....

Isu pertikaian... yg aku tidak puas hati adalah tatkala kami berkisah.... Aderlah si mamat ***** dr Pasukan **** ****** menganggu konsentrasi aku konon nyer hebat....
Sibuk nak mencelah.... ketika myer berkisah.... aku dengar sangat dr atas pentas mamat tu cakap... "berdefinisi" secara kuat... time tu myer ngan aku tgh into tajuk...
sukati ah kitorang nak define tajuk ker wat per ke... ko penonton ko duk tgk diam-diam dah lah... KECOH -mmg lah agak cam debat nama pun kami budak debat... tapi tak lah monotenus cam ko..

Turun nya dr pentas aku berasa biasa sahaja... kerana kami tahu harapan kami hanya sekadar saguhati..... cabutan bertuah diumumkan.... ku berkata dalam hati aku.... kalo aku kalah ko bg lah aku cabutan bertuah.... namun no cabutan bertuah ku mmg tak bertuah...

Keputusan diumum ..... tempat saguhati dimulakan dengan pasukan mamat gemuk tu.... pada awalnya kami ingat semua dapat.... pastu dier malu-2 plak nak g ambek... sentap lah tu....

aku dgn myer dah berbisik diatas:
"tak per RM250 sorang ok lah tu......, sapa nak bagi...."

tetiba 2 pasukan terakhir tinggal... Pasukan aku antar top 2.... wah... wang berganda.... aku tahu yang kami tak akan dapat tempat pertama.... maka aku pun berkata... wahhhh RM 500 sorang huhuhuhu....


Alhamdulillah usaha kami berbaloi....

turun dr pentas.... mamat gemuk tu masih berani bersuara ....
"macam mana leh dier menang... tak masuk lah dah lepas nie..."
kecoh sial mamat tu.... dah adat.... tak puas hati katanya....
aku buat donno jer... keputusan kan muktamad... dah lah hakim dier bukan calang-calang orang....

kemudian pasukan **** ******* tersebut cuba membuat bantahan kepada juri namun mudah dibidas juri dgn margin 12...
hakim memberi komen kepada kami dan berkata...
"mereka terlalu monotenus"
kan betul aku kater.... hahhahha

kemudian tatkala aku nak melangkah keluar... ader pulak kedengaran mengenai keris aku.... ehhh ni tak puas hati nie... keris tu kayu jer kot bukan besi pun dalam dier... cam lah aku tak tahu kalo besi leh jadi kontoversi... sampai ader abg urusetia tu tanye.... keris tu betul ker....
aku jawab " kayu jer bang dalam dier" .... "oooo"...

hahha cam tu lah citer nyer... sampai tak makan lah si ***** tu... bagus lah tu save sikit makanan... diet sikit k..... adat lah encik oiii....

anyway thanx to Myer yg bersusah payah juga sediakan kan pantun bagai... Lama aku tak berpantun dan bersajak.... thanx to rasyid yg jadi penekan slide yg susah payah training sampai 1 pagi.... hehehe insyaallah nanti aku belanjer pizza JJ...huhuhuhu
thanx mum for sponsor tanjak... huhuhu merasa lah jadi pahlawan jap

kesimpulannya, aku berbangga ngan diri aku dan keupayaan aku.... thanx syukri... Syukur... thanx Allah..

Monday, May 26, 2008

KaSiH UnKnown

Ombak yang kuat menghempas pantai,

Pantai yang indah berubah pandangan,

Satu kesilapan membawa padah,

Satu kebaikan membawa kegembiraan.

Walaupun kita hidup selesa,

tanpa sayang,

tanpa mesra,

tanpa budi,

tanpa bicara,

tanpa kesyukuran dan keikhlasan

Apa itu kebahagian.

Hari demi hari terus berlalu,

hubungan mesra semakin tipis,

walaupun hari ini aku gembira

tapi hari esok ke manakah arahnya.

Kemesraan mula berakhir

dan semakin berakhir.

Hari ini ku kesedihan

Hari esok aku ketangisan

Apakah ini satu takdir

atau telah ditakdirkan.

aku tahu diri ini serba kekurangan

Aku kini ditinggalkan

dan ditinggalkan

Ku mengharap kenangan ini tak akan berulang

kemudian lenyap menghilang.

Kenapa aku dibiarkan

Ku cuba menempuhi semua ini

Tapi apakan daya

Hidup ini tidak bermakna lagi

menunggu takdir yang telah ditentukan

apa gunanya hidup lagi

lebih baik mati dalam takdir

Ku memohon kasih

Ku memohon sayang

sebagai hubungan persahabatan

yang penuh cabaran ini

Ku hidup pada hari ini

semata kerana dia

selain membawa harapan

ibu bapa dan keluarga.

Dulu aku gembira kerana dia

Kini aku sedih kerana dia

itulah realiti kehidupan

yang penuh dengan kekecewaan

Kenapa kekecewaan ini,

Semakin menyengat.

Aku kini pasrah

dengan segalanya

kepedihan hati ku

makin memedihkan dan menyakitkan.

Aku memohon ampun dan maaf

tapi aku tetap dibiarkan,

Aku pasrah…..

Siapa lagi yang sanggup………

Sanggup menjadi teman setia ku……

Ku masih menunggu jawapan

dan jawpan……

Adakah perpisahan itu,

jawapan akhirnya..??

Saturday, May 24, 2008

Tragedi 1.50 pagi Terjadi

Kereta yang aku tumpangi yang pada asalnya memberi signal kanan untuk masuk ke satu simpang...
Namun suasana di dalam kereta yang tidak dapat membuat keputusan ke manakah hala tuju... mencapai satu keputusan untuk meneruskan perjalanan di jalan utama dengan tidak membelok....

Trajedi ini bermula.......

M memberi signal kanan untuk kereta yang dipandunya kembali ke jalan utama...
Tiba-tiba kedengaran bunyi brek yang sangat kuat.... (aku didatangi perasan hairan adakah si M ini menekan brek sedang kan kereta nya bergarak dengan kelajuan normal)

Sesaat selepas itu.... boommmmmm (aku bagaikan tercampak kehadapan...Kesan Inersia)...
(waduh kereta yang ku tumpangi dilanggar di belakang...) Asap putih memenuhi ruangan udara tempat kejadian...

"Berhenti M" N berkata.

Suara ini kedengaran "Ya Allah....." "Mak...kereta aku"...

Aku terkesima seketika.... hatiku berkata-(mesti hancur belakang kete nie.... tatkala mata ku memerhati dihadapan.... ada sebuah kereta hitam berhenti dihadapan namun dilaluan sebelah...)

M, R, I, dan N keluar dari kereta.... aku bertindak untuk tidak keluar dulu.... dengan keadaan kereta tidak dimatikan enjin nya dan dibiarkan ditengah jalan...

5 saat kemudian aku keluar.....
Pertama yg aku lihat adalah keadaan kereta yg melanggar kereta yang tumpangi di belakang... Ya Allah teruk nya kereta dia...

Aku berjalan kebelakang namun aku lihat hanya sekadar luka kecil yang tidak parah di badan kereta yang ku tumpangi ini...(kuat jugak kereta nie... boley lah beli satu nanti...)

Pemandu si kereta yang melanggar seorang pelajar Limkok... 18 tahun...

Bagi cuba memikirkan salah siapa.... aku merasakan yang pertama salah M dan kami didalam kereta....
namun penilaian kedua aku merasakan salah si pemandu bergelar afiq....
kerana....
1. Mungkin memandu terlalu laju kerana terdapat kesan brek kereta yang agak panjang di jalan raya....
2. Tiada "P" dan memandu di bawah lesen P kerana melihat pada umurnya....

Namun begitu.... aku merasakan ader yg tak kene... kerana masih ader seorang lagi yang bersalah... Kereta hitam yang berhenti dihadapan aku semasa aku masih berada di dalam kereta semasa trajedi berlaku... (disokong pulak dengan penyataan si Afiq yang katanya tak dapat nak elak kerana ader kereta di sebelah nya tadi....)

Kemudian M menelefon abangnya.... (sebab tu lah aku tahu anggaran trajedi berlaku)...
Pulang dengan penyataan berkata abang aku kata 2-1...(abg di lagi teruk lah kan)

Abang si afiq datang.... kemudian dia berbincang untuk menyelesaikan masalah ini tanpa membuat report polis dan selesai di luar... abg dia sangat baik kerana katanya sanggup untuk bayarkan ganti rugi kepada si M... (mungkin orang kaya kot...)

Tapi itulah mengikut undang-undang.... memang si afiq nie bersalah....

So kita tunggu dalam 24 jam ni nanti apa yang akan berlaku... moga dapat diselesaikan dengan baik....

Pesan terakhir: Perlulah si M untuk lebey berhati-hati... dan inilah pengajaran buat ku dan penumpang yang lain... supaya.... cepat lah buat keputusan... supaya mudah pemandu membuat keputusan serta bertindak dengan kadar yang selamat...

Walaupun aku percaya yang jikalau perkara ini cuba untuk dielakkan ia tak akan berlaku aku tetap yakin..."Kalau dah takdir nak jadi nak buat macam mana kan..."


Thursday, May 22, 2008

KaU yANg 1

Kau satu antara seribu

Pilihanku

Hanya kau ku rindu

Senyumanmu semangnya berharga

Harga yang tak dapat dinilai mahalnya

Tak akan ku lupakan

Saat kegembiraan bersama

Kaulah sagala- galanya dalam hidupku

Satu perkataan seribu makna

Mudah disebut

Tapi tak mudah dijalin

Segalanya kerana kesucian hati yang terjalin

Tersimpan seribu makna

Menjadi seribu rahsia

Hampa yang kau rasakan

Hampa lagi perasaanku

Andainya di situ ada ruang

Boleh kiranya aku menumpang

Andai ada sisa kemaafan

Maafkan diri ini

Yang dulu aku kesempatan

Ku buktikan erti keikhlasan

Menepis ego aku untuk kita

Demi suatu masa

Walau apa ku tempuhi

Kau tetap setia disisi

Suka duka silih berganti

Menguji diri

Kau yang satu

Tiada lagi setelah kau

Apatah lagi sebelummu........